Harian Metro

Lulu si anjing betina warisi harta RM20.21j

-

Nashville:

Seekor anjing betina jenis border collie di Tennessee mungkin anjing paling bertuah di dunia apabila mewarisi kekayaan mendiang tuannya yang bernilai AS$5 juta (RM20.21 juta).

Ahli perniagaan, Bill Dorris meninggal dunia pada usia 84 tahun tahun lalu mewasiatka­n harta itu kepada anjing kesayangan­nya, Lulu berusia lapan tahun.

Mendiang juga menamakan jirannya, Martha Burton, 88, sebagai penjaga sah Lulu, sekali gus membenarka­n wanita itu mengeluark­an wang pada jumlah munasabah untuk kegunaan bulanan anjing terbabit.

Sebelum ini, Burton kerap menjaga Lulu disebabkan mendiang Dorris sering tiada di rumah kerana menguruska­n perniagaan­nya.

“Saya tidak tahu apa harus difikirkan (mengenai wasiat). Dia (Dorris) sangat menyayangi anjingnya,” kata Burton seperti dilapor UPI.

Wanita itu memberitah­u dia gembira dapat menjaga Lulu, katanya, “Lulu seekor anjing yang baik.”

Dorris terkenal sebagai ahli perniagaan berjaya dalam bidang hartanah dan pelaburan serta tidak berkahwin. - Agensi

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia