Harian Metro

Wanita ‘balas dendam’ bunuh anak tiri

-

Amman:

Kejam dan tidak berperikem­anusiaan. Itu gambaran paling sesuai buat seorang wanita di Jordan yang nekad membunuh anak tirinya kerana marahkan suami.

Dia dihukum penjara 20 tahun selepas Mahkamah Agung Jordan mendapati tertuduh bersalah kerana membunuh budak lelaki berusia dua tahun dengan meletakkan mangsa dalam tab mandi berisi air panas.

Terdahulu, tertuduh yang tidak didedahkan nama mengemukak­an rayuan terhadap sabitan dibuat mahkamah rendah pada November 2019.

Dalam pendengara­n berkenaan, Mahkamah Agung berpuas hati tertuduh adalah bersalah melakukan jenayah kejam itu di sebuah wilayah di Jordan pada 1 Oktober 2018. Mengikut pertuduhan, tertuduh bertindak demikian selepas bertengkar dengan suaminya apabila dipaksa menjaga dua anak lelaki itu hasil perkahwina­n terdahulu, yang berusia empat dan dua tahun. Dia yang enggan memelihara dua anak tiri ‘membalas dendam’ dengan membunuh anak bongsu lelaki itu.

Mahkamah juga diperdenga­rkan bahawa tindakan kejam terbabit adalah perbuatan terakhir tertuduh selepas beberapa siri penderaan dilakukann­ya ke atas anak tiri sebelum ini.

Mangsa menderita lecur tahap pertama meninggal dunia selepas dua minggu dirawat di hospital. - Agensi

Tertuduh meletakkan mangsa dalam tab mandi berisi air panas

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia