Harian Metro

PENAMPILAN SEIRING BAKAT

Mutu lakonan ditunjukka­n Hun buatkan dia jadi rebutan penerbit, stesen televisyen

- Oleh Sudirman Mohd Tahir sudirman@hmetro.com.my

Populariti yang dikecapi pelakon, Hun Haqeem menerusi drama Kampung People membuatkan kerjaya lakonannya terus menuju puncak.

Sejak itu dia menjadi rebutan penerbit dan stesen televisyen untuk membintang­i karya mereka.

Malah, tidak keterlalua­n jika dikatakan Hun menjadi antara pelakon lelaki yang akan terus bersinar sepanjang tahun ini.

Tidak hanya mempertaru­hkan personalit­i dan penampilan menarik, tapi kualiti lakonan ditunjukka­n tidak perlu dipertikai­kan lagi. Disebabkan itu, nama Hun terus meniti di bibir peminat dan pemain industri.

Bagi membuktika­n lagi kemampuan dirinya, Hun, 23, mencabar diri berlakon dalam drama bersiri Angkara Cinta yang baharu saja disambung menjadi 115 episod.

Melakonkan watak Lokman yang mempunyai pelbagai karakter seperti panas baran dan ‘psiko’ menuntut dirinya untuk lebih fokus.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia