Harian Metro

CABARAN BESAR EPISOD PANJANG

Hun perlu jaga graf lakonan dan emosi jayakan drama Angkara Cinta sebanyak 115 episod

-

“Saya mula menjalani penggambar­an drama ini sejak Julai tahun lalu. Asalnya hanya 70 episod, tapi terbaharu drama ini disambung 45 episod lagi menjadikan jumlah keseluruha­n 115 episod. Insya-Allah, penggambar­an dijangka habis April ini.

“Ini pertama kali saya berlakon dalam drama bersiri panjang. Dari segi pengalaman ia memberi satu suasana baharu dalam kerjaya saya. Daripada segi mental pula, sudah semestinya ingatan kena bagus. Ini kerana watak Lokman digambarka­n dalam pelbagai karakter.

“Jadi, sewaktu penggambar­an memang tidak ada pilihan untuk habiskan satu karakter terlebih dulu. Sebaliknya, saya kena ikut babak. Disebabkan itu saya perlu menjaga graf lakonan dan emosi. Ia tanggungja­wab besar untuk menjaga watak dan karakter.

“Diakui watak ini banyak perubahan dan warna. Saya perlu pastikan watak ini berada di landasan betul dan tidak lari jauh. Begitu juga dengan ‘mood’ dan penghayata­n. Bagi saya inilah cabaran besar apabila menjayakan drama episod panjang,” katanya.

Hun berkata, sepanjang lebih 180 hari menjalani penggambar­an dia masih okey dan boleh menyampaik­an apa yang diminta pengarah.

“Persediaan dari segi fizikal dan mental perlu kuat. Mungkin orang beranggapa­n berlakon dalam drama panjang mudah sebab kena buat drama itu saja. Tapi, saya bersyukur kerana drama ini memaparkan jalan cerita yang menarik.

“Memandangk­an lakonan ini adalah minat dan kerjaya, jadi tidak ada apa yang perlu dikesalkan atau berasa rimas. Saya dan pasukan lain sudah lebih 180 hari bersama. Setiap hari kami jumpa muka sama. Apabila fikir penggambar­an akan berakhir, rasa sedih pun ada,” katanya.

Lima kali seminggu wajahnya muncul di kaca TV sekali gus meningkatk­an lagi populariti Hun. Maka, tidak mustahil tawaran kerja yang diterima juga banyak.

“Alhamdulil­lah, tawaran berlakon sentiasa ada.

Insya-Allah, setakat ini sudah ada beberapa kerja sehingga

Ogos ini. Cuma, selepas ini semuanya drama biasa saja dan bukannya episod panjang.

“Selepas tamat

Angkara Cinta ini, saya akan berehat dahulu. Selepas itu, baru fokus kepada drama seterusnya,” katanya.

“Selain itu, saya ada juga terdetik nak berjinak-jinak dalam bidang nyanyian. Mungkin boleh ke arah itu juga, tapi kena tengok masa dan keadaan juga,” katanya.

Dalam perkembang­an lain, Hun kini masih berada di Ipoh, Perak selepas terkandas akibat pelaksaaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 2.0 bermula 13 Januari lalu.

“Alhamdulil­lah, keluarga faham dengan kerja saya. Kalau penggambar­an di Kuala Lumpur pun, kami jarang dapat meluangkan masa bersama walaupun duduk serumah. Ini kerana kalau saya keluar kerja, mereka masih tidur lagi. Balik kerja lewat, mereka sudah tidur pula.

“Jadi, apabila berpisah seperti sekarang, tidaklah rasa kehilangan sangat. Namun, saya tetap menghubung­i mereka. Apatah lagi saya ada anak saudara dan selalu buat panggilan video dengan mereka dan bertanya khabar. Mereka tak risau saya di sini,” katanya.

Memandangk­an lakonan ini adalah minat dan kerjaya, jadi tidak ada apa yang perlu dikesalkan atau berasa rimas. Saya dan pasukan lain sudah lebih 180 hari bersama. Setiap hari kami jumpa muka sama. Apabila fikir penggambar­an akan berakhir, rasa sedih pun ada

HUN

 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia