Harian Metro

‘ANTARA LAGU PALING SUSAH DIHASILKAN’

Haqiem teruja single Mimpi dapat sambutan baik peminat

- Oleh Sudirman Mohd Tahir sudirman@hmetro.com.my

Single baharu Haqiem Rusli berjudul Mimpi yang dilancarka­n sejak sebulan lalu terus menjadi siulan peminat.

Lebih manis apabila video muzik lagu itu sudah mencecah lapan juta tontonan di saluran YouTube selain berada di kedudukan teratas beberapa platform penstriman muzik.

Lagu ciptaan Haqiem dan lirik bersama penerbit, Datuk A Aida itu dicipta khas untuk drama Bidadari Salju yang ditayangka­n di slot Akasia, TV3 baru-baru ini.

“Sejujurnya, saya tidak menjangkak­an sambutan hebat ini untuk lagu Mimpi. Apatah lagi sebelumnya lagu ini sudah lama berada di aplikasi Joox, Spotify, RIM Chart dan YouTube. Semuanya mencatat nombor satu.

“Alhamdulil­lah, untuk tontonan video muzik pula sudah hampir lapan juta dalam masa sebulan. Bagi saya, ia sambutan yang luar biasa. Terima kasih kepada pendengar yang tidak putus memberikan sokongan pada setiap karya yang saya keluarkan," katanya.

Melihat cabaran yang dilalui untuk menghasilk­an single itu, Haqiem berkata, dia lega dan teruja apabila lagu itu mampu mencipta tuah buat dirinya.

“Single Mimpi ini mencabar keupayaan vokal saya. Ia antara lagu yang paling susah yang pernah dihasilkan. Karya ini memerlukan teknik pernafasan baik kerana ia mempunyai 'low note', 'middle', 'vibrato' dan 'high note'. Jadi, ia tidak mudah untuk dipersemba­hkan secara langsung.

“Bagaimanap­un, saya mengambil risiko dan seronok mencabar diri untuk tidak berada dalam zon selesa. Saya sudah cuba memberikan yang terbaik dengan menjaga pemakanan dan bersenam bagi memantapka­n suara," katanya.

Selain lagu Mimpi, Haqiem juga muncul dengan single Lara nyanyian secara trio bersama Hael Husaini dan Naim Daniel.

Mengulas mengenai kesihatan dirinya walaupun disahkan negatif Covid-19 barubaru ini, Haqiem berkata, dia sentiasa patuh pada prosedur operasi standard (SOP).

“Saya sihat, cuma ada resdung. Keluarga juga sihat, bapa saya dalam keadaan yang baik.

“Kami sekeluarga memang mengamalka­n SOP yang ketat untuk mengelak perkara tidak diingini," katanya.

Ia antara lagu yang paling susah yang pernah dihasilkan. Karya ini memerlukan teknik pernafasan baik kerana ia mempunyai 'low note', 'middle', 'vibrato' dan 'high note'. Jadi, ia tidak mudah untuk dipersemba­hkan secara langsung HAQIEM

 ??  ??
 ??  ?? LAGU Mimpi memberikan magis tersendiri buat Haqiem.
LAGU Mimpi memberikan magis tersendiri buat Haqiem.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia