Harian Metro

TUKAR ANGIN SELEPAS 20 TAHUN

Saya ingin bawakan watak yang lebih realistik supaya dapat jalaninya dalam kehidupan seharian. Saya rasa itulah yang diperlukan untuk perkembang­an seseorang pelakon YEON-HEE Yeon-hee nak tinggalkan SM Entertainm­ent kerana mahu sertai agensi ada kepakaran

- Susunan Najiy Jefri najiy.jefri@hmetro.com.my

Selepas lebih 20 tahun berada di bawah pengurusan SM Entertainm­ent, pelakon Lee Yeon-hee bercadang menamatkan kontrak dengan syarikat pengurusan terkenal itu.

Yeon-hee berkata, dia ingin mencari agensi yang mempunyai kepakaran khusus dalam bidang lakonan.

“Meninggalk­an SM seperti seorang pelajar bakal tamatkan pembelajar­an di sekolah. Ia hanyalah perkara biasa dan sesuatu yang tidak asing.

“Saya ingin menyertai syarikat pengurusan yang memiliki kepakaran khusus dalam bidang lakonan. Saya juga bercadang bertukar angin selepas lebih 20 tahun bersama SM,” katanya.

Dalam pada itu, selepas mendirikan rumah tangga pada 2 Jun tahun lalu, Yeon-hee mengakui kehidupann­ya kini semakin stabil.

Dia sangat gembira dan terharu kerana mendapat sokongan penuh daripada suami yang sentiasa menyokong apa saja yang dilakukann­ya.

“Selepas berkahwin, saya dapat rasakan hidup semakin stabil. Dia sangat memahami minat mendalam saya terhadap lakonan. Dia sangat hebat dan banyak membantu saya,” katanya.

Menjalani kehidupan bahagia bersama suaminya, Yeon-hee berkata, buat masa ini dia belum terfikir untuk memperkena­lkan cinta hatinya kepada umum.

“Saya masih dalam fasa berhati-hati untuk mendedahka­n identiti suami kepada tatapan umum. Begitu juga dengan keluarga saya.

“Ini kerana saya selalu percaya, mengasingk­an dua perkara antara kehidupan peribadi dan kerjaya adalah satu tindakan yang betul untuk dilakukan,” katanya.

Pelakon filem Marriage Blue itu mendirikan rumah tangga dengan seorang lelaki biasa dalam sebuah majlis kecil-kecilan di sebuah lokasi yang tidak didedahkan kepada umum tahun lalu.

Dalam perkembang­an lain, Yeon-hee meluahkan hasrat mempelbaga­ikan watak lakonannya.

“Saya ingin bawakan watak yang lebih realistik supaya dapat jalaninya dalam kehidupan seharian. Saya rasa itulah yang diperlukan untuk perkembang­an seseorang pelakon ,” katanya.

 ??  ?? MASIH ‘sorok’ suami.
MASIH ‘sorok’ suami.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia