Harian Metro

CIRI PREMIUM

Benelli 752S serlah gaya sport 'naked' terkini

- Oleh Lizam Ridzuan lizamridzu­an@hmetro.com.my

Jentera segmen sport 'naked' Benelli 752S sudah beberapa ketika memasuki pasaran tempatan selepas dilancarka­n untuk pasaran global pada 2018.

Tampil dengan rekaan yang dinamik dan sporty, ia dikuasakan dengan enjin 754cc dwisilinde­r DOHC, lapan injap sejukan cecair yang menjana kuasa 76hp pada 8,500rpm dan tork 67Nm pada 6,500rpm.

Selain itu, jentera dengan enam kelajuan ini dilengkapi fork hadapan terbalik Marzocchi dengan 'travel' 117 milimeter

(mm) dan lengan hayun serta monoshcok boleh laras pada belakang untuk pengendali­an lebih baik.

Benelli 752S yang seberat 226 kilogram

(kg) turut dipasangka­n sistem brek Brembo dan brek cakera separa terapung empat omboh bersaiz diameter 320 (mm) pada hadapan dan 260 mm pada belakang.

Kedua-duanya disertakan Sistem Brek Anti-Kunci (ABS).

Untuk paparan meter digital dengan ciri 'thin-film transistor' (TFT) untuk lebih jelas dan terang merangkumi pelbagai maklumat untuk motosikal.

Ciri lain ialah lampu hadapan dan belakang LED, tinggi pelana 810 mm, kapasiti bahan api 14 liter, tayar hadapan bersaiz 120/70ZR17 dan belakang 180/55ZR17 tanpa tiub dan ekzos gaya 'megaphone' untuk bunyi lebih sporty.

Untuk pasaran Malaysia, ia dijual pada harga RM37,888 (atas jalan tanpa insurans) dengan jaminan dua tahun atau 20,000 km yang mana lebih dahulu.

Terdapat tiga pilihan warna iaitu merah, hitam dan hijau.

 ??  ?? ELEMEN rekaan sporty.
ELEMEN rekaan sporty.
 ??  ?? GAYA premium ciri terkini.
GAYA premium ciri terkini.
 ??  ?? SISTEM Brek AntiKunci (ABS) dengan angkup Brembo.
SISTEM Brek AntiKunci (ABS) dengan angkup Brembo.
 ??  ?? POSISI tunggangan ergonomik.
POSISI tunggangan ergonomik.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia