Harian Metro

Tawaran rebat Ford Ranger Raptor dan Wildtrak

-

Rebat tunai RM5,000 dan RM6,000 ditawarkan masing-masing buat model trak pikap Ford Ranger Raptor dan WildTrak oleh pengedar eksklusif jenama itu di negara ini, Sime Darby Auto ConneXion (SDAC).

Varian WildTrak didatangka­n dengan pelbagai teknologi keselamata­n pintar seperti Brek Kecemasan Autonomi dengan Pengesan Kenderaan dan Pejalan Kaki serta Amaran Perlanggar­an Hadapan.

Untuk Raptor, selain ciri penggayaan lebih maskulin, ia dikuasakan dengan DNA Prestasi Ford yang turut menjadi laras terbaharu untuk segmen trap pikap di Malaysia.

Ia juga dilengkapi sistem gantungan litar perlumbaan 'Fox Racing Shox' untuk daya redaman yang tinggi dan membantu mengurangk­an lambungan untuk keupayaan laluan lasak lebih baik.

Raptor turut dilengkapi mod pratetapan bagi Sistem Pengurusan Muka Bumi seperti mod Baja yang diinspiras­ikan daripada 'Baja Dessert Rally' untuk prestasi lasak selain responsif pada kelajuan tinggi.

Ford Ranger Raptor dan WildTrak didatangka­n dengan enjin 2.0L Diesel BiTurbo yang mampu menjana kuasa 213PS pada 3,750 rpm dan tork 500Nm pada 1,750 hingga 2,000 rpm.

Kedua-duanya dilengkapi transmisi 10-kelajuan sebagai ciri standard dengan 'SelectShif­t' dan dibezakan dengan sistem gantungan 'Double Wishbone' serta 'peredam Fox Racing Shox dalaman' (Raptor).

Untuk WildTrak, ia dilengkapi 'Electronic Shift-On-The-Fly' serta suspensi hadapan Double Wishbone dengan spring dan suspensi dedaun pada belakang.

Untuk pasaran Malaysia, Ford Ranger Raptor dijual pada harga RM210,888 manakala WildTrak pada harga RM152,388 (atas jalan tanpa insurans).

Tawaran rebat tunai ini hanya untuk model pembuatan 2020.

 ??  ?? FORD Ranger Raptor.
FORD Ranger Raptor.
 ??  ?? WILDTRAK.
WILDTRAK.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia