Harian Metro

KAPCAI ‘ANGIN MALAM’

Honda C70 diberi nafas baharu gaya 'Restomod' unik

- Lizam Ridzuan

Tahan lasak, harga berpatutan dan boleh disesuaika­n dengan keperluan gaya hidup antara sebab model cub Honda C70 sangat sinonim dengan masyarakat Malaysia.

Sejak diperkenal­kan ke pasaran tempatan pada 1970, ia terus popular menjadi pilihan pembeli untuk kemudahan dan keperluan mobiliti seisi keluarga.

Vroom berpeluang melihat dengan lebih dekat sebuah Honda C70 keluaran 1979 yang melalui proses restorasi malah berpeluang menunggang ujinya.

Model dengan tema Angin Malam ini adalah projek ‘Restomod’ yang dibangunka­n oleh individu di sebalik tabir acara permotoran dan binaan khas, Art Of Speed Malaysia terdiri daripada Khairul Akmal Zulkifly sebagai ketua projek,

Asep Ahmad Iskandar Sastrawidj­aja, Ahmad Munir Kamaluddin dan Muhammad Farid Nawi.

Khairul atau dikenali sebagai Black berkata, motosikal ini disediakan untuk acara Kuala Lumpur Bike Week 2019 (KLBW19) lalu dan mereka bersetuju mengekalka­n ciri-ciri asal termasuk pada lampu, meter, cermin sisi dan ekzos bagi menampilka­n ciri standard yang terdapat padanya.

“Cuma pada bahagian cat, kami ingin serlahkan dengan warna binaan khas iaitu hitam dengan corak. Tulisan Angin Malam pula kami tulis sendiri.

“Kami juga gunakan teknik khas dalam menghasilk­an corak daripada daun sebenar yang disepaduka­n dengan warna emas, ia memang tampil unik dan berbeza,” katanya.

Selain itu, terdapat sedikit perubahan dilakukan iaitu pada rim belakang apabila ia dipasang dengan rim bersaiz 18 inci, rim hadapan kekal pada saiz 17 inci.

Kedua-dua rim ini daripada jenama ‘Excel Takasago’ yang dipadankan dengan tayar

FKR untuk memberi

 ??  ?? HONDA C70 Angin Malam.
HONDA C70 Angin Malam.
 ??  ?? RAK papan selaju tambah keunikan.
RAK papan selaju tambah keunikan.
 ??  ?? CORAK dihasilkan secara manual.
CORAK dihasilkan secara manual.
 ??  ?? KEMASAN lukisan tangan.
KEMASAN lukisan tangan.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia