Harian Metro

KEAJAIBAN KEPULAUAN KOMODO

Lihat habitat semula jadi reptilia gergasi dan abadikan gambar bersamanya kenangan terindah

- Oleh Muhammad Helmi Baharum rencana@hmetro.com.my

Jika berbicara mengenai Tujuh Keajaiban Dunia Baharu pasti ramai dalam kalangan kita sudah sedia maklum malah ada yang sudah menghafaln­ya.

Tapi berapa ramai antara kita yang tahu mengenai

Tujuh Keajaiban Alam Semula Jadi Baharu?

Ia himpunan tujuh keajaiban lokasi alam semula jadi di dunia yang turut diiktiraf badan yang sama iaitu New 7 Wonders Foundation di Zurich, Switzerlan­d.

Keajaiban alam yang diperkatak­an ini menggamit saya untuk mengunjung­i satu daripada keajaiban Tujuh Keajaiban Alam Semula Jadi di Indonesia iaitu Taman Nasional Komodo terletak dalam Kabupaten Manggarai Barat, Provinsi Nusa Tenggara Timur (NTT).

Pada Mei 2019 lalu, saya berkesempa­tan mengunjung­i Kepulauan Komodo selama empat hari.

Saya menggunaka­n penerbanga­n antarabang­sa dari Kuala Lumpur ke Bali dan seterusnya penerbanga­n domestik Indonesia ke Lapangan Terbang Labuan Bajo.

Suasana berpuasa di Labuan Bajo ini meriah dan terdapat bazar Ramadan sama seperti di Malaysia yang harga makanan di situ lebih murah berbanding kota besar lain seperti Jakarta atau Surabaya.

Walaupun provinsi NTT ini didominasi majoriti penduduk beragama Kristian, kesefahama­n dan toleransi tetap wujud sesama mereka. Buktinya masjid mudah ditemui di situ.

Pengalaman berpuasa di sini amat bermakna kerana dapat beramah mesra dan berbuka puasa dengan penduduk tempatan di Masjid Agung Labuan Bajo.

Pihak hotel turut memenuhi permintaan saya untuk menukarkan waktu sarapan kepada waktu yang lebih awal.

Di bandar ini, saya

berpeluang mengunjung­i beberapa tempat menarik antaranya Goa Batu Cermin, Kampung Ujung, Pandai Pede, Bukit Cinta, Pasar Wae Kesambi, Kampung Melo dan Air Terjun Cunca Wulang yang kelihatan seperti Grand Canyon.

Semua tempat ini saya kunjungi menggunaka­n motosikal yang disewakan pihak hotel. Selain itu saya turut berpeluang menggunaka­n pengangkut­an awam bemo di kota ini.

Mengikut urutan, Flores adalah pulau ke-10 terbesar di Indonesia.

Keindahan dan keragaman bentuk muka bumi di sini yang berpunca dari Garisan Wallace adalah zon peralihan bagi benua Asia dengan Australia membentuk landskap muka bumi cukup menakjubka­n.

Selain diiktiraf sebagai satu daripada keajaiban alam semula jadi pada 2011, Taman Nasional Komodo turut diiktiraf sebagai antara Tapak Warisan Dunia oleh Pertubuhan Pendidikan, Sains dan Kebudayaan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (Unesco) di Indonesia pada 1991. Ia turut dinobatkan satu daripada destinasi pelanconga­n terbaik di dunia oleh majalah National Geographic pada 2017.

Sebegitu banyak pengiktira­fan yang diberikan pelbagai pihak sudah pasti lokasi ini menjadi pilihan ideal kepada sesiapa saja yang mendambaka­n keindahan alam semula jadi.

Sepanjang pengalaman peribadi saya mengembara ke 58 negara di seluruh dunia, saya memilih tempat ini sebagai tempat tercantik yang pernah dikunjungi.

Untuk menikmati keindahan kepulauan ini saya mengikuti pengembara­an ‘1-day trip’ tanpa penginapan dengan bayaran 350,000 rupiah (kira-kira RM100) yang memakan masa selama lebih kurang 13 jam diuruskan pihak hotel.

Tiga pulau utama yang dibawa pihak pemandu pelanconga­n iaitu Pulau Rinca, Pulau Padar dan Pulau Komodo.

Lokasi pertama kami adalah ke Pulau Padar yang menyajikan pemandanga­n bukit berumput berwarna hijau pada musim hujan dan bertukar kepada warna coklat keperangan pada musim panas.

Seterusnya rombongan dibawa ke lokasi utama iaitu ke Pulau Komodo di beberapa titik persinggah­an seperti Taman Nasional Komodo Loh Liang untuk melihat habitat semula jadi biawak komodo yang dibiarkan hidup bebas, namun diawasi dengan sangat ketat oleh renjer hutan bertugas.

Di sini semua peserta diberikan peluang mengabadik­an gambar bersama si reptilia gergasi itu.

Selepas itu, rombongan turut diberikan peluang bersantai dan melakukan aktiviti selam snorkel atau sekadar berenang di tepian pantai Merah Jambu atau ‘Pink Beach’ yang hanya terdapat beberapa sahaja seumpamany­a di dunia. Butiran pasir di sini berwarna merah jambu memberikan pemandanga­n yang cukup romantis.

Lokasi terakhir di Pulau Komodo ini ialah selam snorkel di Manta Ray Point untuk melihat keluarga ikan pari gergasi.

Secara keseluruha­nnya perjalanan kembara saya ke Taman Nasional Komodo ini adalah antara pengalaman paling menyeronok­kan dan akan dikenang selamalama­nya.

Keindahann­ya pasti membuat sesiapa saja yang ke sana merindui untuk menjejakin­ya kembali.

 ??  ?? SUNGAI biru kehijauan di Cunca Wulang Canyon.
SUNGAI biru kehijauan di Cunca Wulang Canyon.
 ??  ?? BUKIT Pulau Padar yang kehijauan.
BUKIT Pulau Padar yang kehijauan.
 ??  ?? BIAWAK komodo bersaiz gergasi.
BIAWAK komodo bersaiz gergasi.
 ??  ?? MATAHARI terbenam cukup memukau di Labuan Bajo.
MATAHARI terbenam cukup memukau di Labuan Bajo.
 ??  ?? BENDERA Malaysia dibawa untuk meraikan kejayaan menawan puncak Pulau Padar.
BENDERA Malaysia dibawa untuk meraikan kejayaan menawan puncak Pulau Padar.
 ??  ?? LAUT biru di sekitar Manta Ray Point.
LAUT biru di sekitar Manta Ray Point.
 ??  ??
 ??  ?? BERBUKA puasa dengan penduduk setempat di Labuan Bajo.
BERBUKA puasa dengan penduduk setempat di Labuan Bajo.
 ??  ?? RENJER hutan yang ditugaskan menjaga keselamata­n pelancong.
RENJER hutan yang ditugaskan menjaga keselamata­n pelancong.
 ??  ??
 ??  ?? PEMANDANGA­N Pulau Rinca dari bot.
PEMANDANGA­N Pulau Rinca dari bot.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia