Harian Metro

CABARAN BESAR TERNAK BENIH IKAN

Kolam terbuka boleh sebabkan kematian apabila cuaca terlalu panas, jika banjir ternakan boleh terlepas pula

- Oleh Hafiz Ithnin hafizithni­n@mediaprima. com.my

“Bukan mudah untuk meneruskan ‘legasi’ yang ditinggalk­an kerana mungkin ada yang berpendapa­t jika tidak mengeluark­an modal untuk perniagaan hasil warisan orang tua, ia begitu mudah berjaya dalam perniagaan,” kata usahawan akuakultur berusia 31 tahun itu.

Pemilik nam , Mohd Aminudin Mohd Zaibani yang mengusahak­an perniagaan akuakultur menternak benih ikan air tawar sejak 2009 sudah melalui pelbagai cabaran termasuk kecewa apabila benih ikan yang diusahakan mati dalam jumlah yang besar.

Bercerita mengenai latar belakang permulaann­ya menyertai bidang itu, katanya, bapanya, Mohd Zaibadi mempunyai 10 kolam yang diusahakan hanya sekadar hobi.

Katanya, sejak kecil dia sudah mempunyai minat untuk menceburi bidang berkaitan akuakultur dan mengambil sijil di institusi pengajian tinggi di dalam bidang perikanan.

“Jadi, selepas sahaja tamat pengajian pada 2009 saya mengusahak­an kolam sedia ada dengan lebih terurus, tetapi lebih kepada penternaka­n ikan dan bukan dalam jenis benih ikan.

“Bagaimanap­un, cabaran itu datang apabila sukar untuk mendapatka­n benih ikan yang diinginkan dan saya bertukar untuk menghasilk­an sendiri benih ikan dan lebih fokus

kepada spesies mendapat permintaan tinggi di pasaran,” katanya.

Oleh itu, dia memfokuska­n kepada penternaka­n benih ikan tilapia, keli, patin dan puyu. Sehingga kini, pemilik perniagaan High Tech Aquacultur­e itu mampu menghasilk­an kira-kira sejuta benih ikan sebulan.

Aminudin berkata, ketika ini dia memiliki 27 kolam tanah di Sabak Bernam, Selangor manakala di Gopeng, Perak pula dia memiliki lapan kolam tanah dan 11 kolam simen.

Katanya, menternak benih ikan agak mencabar kerana faktor alam semula jadi mampu memberi kesan kepada jumlah dan kualiti ternakan.

“Perkara utama yang menjadi cabaran ialah jika kolam terbuka seperti di tanah terdedah dengan keadaan yang terlalu panas boleh menyebabka­n kematian. Jika keadaan banjir menyebabka­n anak ikan ini akan terlepas.

“Saya pernah mengalami kerugian hampir RM50,000 pada 2017 apabila sekitar 400,000 anak ikan yang diternak terlepas kerana banjir. Jujur, saya katakan, perkara itu menyebabka­n saya hampir ingin tutup saja perniagaan ini,” katanya.

Selain itu, Aminudin berkata, berdepan dengan rakan niaga yang gagal melunaskan pembelian juga antara cabaran yang dihadapiny­a sepanjang bergelar usahawan di dalam bidang itu.

Namun, baginya kesabaran berdepan dengan cabaran perniagaan amat penting bagi memastikan ia tidak mudah ‘terbungkus’ kerana memulakan lebih mudah berbanding mempertaha­nkan.

Bercerita mengenai proses menternak benih ikan, katanya, makanan dan memilih induk ikan adalah perkara paling penting kerana ia menjamin kualiti serta kuantiti.

“Ketika ini saya mempunyai sehingga empat tan induk pelbagai spesies yang berkualiti. Selain itu, saya juga memberikan makanan jenis dedak berkualiti kepada induk ikan dan benihnya.

“Kos makanan paling tinggi iaitu mencecah RM12,000 sebulan kerana saya menggunaka­n dedak ikan premium,” katanya.

Daripada segi permintaan, katanya, benih ikan sentiasa mendapat permintaan tinggi di pasaran dan dia perlu bijak menyusun strategi bagi memastikan stok tidak kehabisan serta mengagihka­n kepada penternak ikan dengan adil.

“Dalam perniagaan ini perkara paling penting ialah kita perlu tahu untuk memastikan stok benih sentiasa ada dan membekalka­n secara adil kepada penternak kerana permintaan­nya amat tinggi.

“Jika tidak bijak mengatur stok, pasti bekalan akan cepat habis. Setakat ini, saya membekalka­n benih ikan di semua negeri di Semenanjun­g Malaysia,” katanya.

Bagi benih ikan keli dijual pada harga antara empat sen hingga 15 sen seekor dan talapia dijual pada harga 10 sen hingga 30 sen seekor. Anak ikan patin pula dijual pada harga 12 sen hingga 35 sen seekor.

Saya pernah mengalami kerugian hampir RM50,000 pada 2017 apabila sekitar 400,000 anak ikan yang diternak terlepas kerana banjir. Jujur, saya katakan, perkara itu menyebabka­n saya hampir ingin tutup saja perniagaan ini MOHD AMINUDIN

 ??  ?? IKAN induk dimiliki Mohd Aminudin.
IKAN induk dimiliki Mohd Aminudin.
 ??  ?? MAKANAN berkualiti menjadi keutamaan bagi memastikan benih ikan dalam keadaan baik.
MAKANAN berkualiti menjadi keutamaan bagi memastikan benih ikan dalam keadaan baik.
 ??  ?? BERSAMA benih ikan yang diternak di dalam kolam simen.
BERSAMA benih ikan yang diternak di dalam kolam simen.
 ??  ?? MOHD Aminudin bersama benih ikan yang siap untuk dipasarkan.
MOHD Aminudin bersama benih ikan yang siap untuk dipasarkan.
 ??  ?? KOLAM ikan yang dilindungi jaring gelap bagi memastikan benih ikan tidak terlalu panas.
KOLAM ikan yang dilindungi jaring gelap bagi memastikan benih ikan tidak terlalu panas.
 ??  ?? BERSAMA pembeli benih ikan dalam kalangan penternak.
BERSAMA pembeli benih ikan dalam kalangan penternak.
 ?? FOTO | MOHD AMINUDIN MOHD ZAIBANI ?? MEMPUNYAI kelengkapa­n logistik penghantar­an.
FOTO | MOHD AMINUDIN MOHD ZAIBANI MEMPUNYAI kelengkapa­n logistik penghantar­an.
 ??  ?? MEMASTIKAN air di dalam kolam simen dalam keadaan baik.
MEMASTIKAN air di dalam kolam simen dalam keadaan baik.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia