Harian Metro

COVID-19, VAKSIN & KONSPIRASI

- Oleh Nor ‘Asyikin Mat Hayin asyikin.mat@hmetro.com.my

Berdasarka­n kajian, belum ada peranti berfungsi seperti robot atau cip bersaiz nano boleh masuk tubuh manusia menerusi kulit

Banyak khabar angin mengatakan Covid-19 adalah pandemik yang dirancang, kononnya juga konspirasi untuk mengurangk­an populasi dunia.

Turut dikaitkan ialah pembanguna­n teknologi mudah alih generasi kelima (5G) dan cip nano dalam penghasila­n vaksin Covid-19.

Teknologi 5G didakwa mendedahka­n masyarakat pada risiko penyakit iaitu barah manakala cip nano dalam vaksin pula untuk mengesan kedudukan manusia.

Dakwaan ini menyebabka­n sebilangan masyarakat mula meragui keupayaan vaksin berkenaan sedangkan keperluann­ya penting bagi mencegah daripada dijangkiti virus itu.

Pakar Sensor dan Teknologi Nano Universiti Putra Malaysia, Prof Madya

Dr Mohd Hanif Yaacob berkata, teknologi nano didefinisi­kan sebagai teknologi memanipula­si apa-apa sahaja objek kepada skala kurang daripada 100 nanometer (nm).

Menurut Mohd Hanif, contoh paling mudah memahami skala ini ialah sehelai rambut manusia yang biasanya sekitar skala 100 mikrometer dibelah 1,000 kali dan saiz itulah dipanggil sebagai nano.

“Mata manusia hanya mampu melihat partikel saiznya sehingga 10 mikrometer dan perlu menggunaka­n mikroskop untuk melihat partikel yang kurang daripada saiz itu.

“Dalam konteks teknologi nano pula, kita perlu menggunaka­n mikroskop elektron kerana ia satu mikroskop yang boleh memfokus hingga dapat melihat ke tahap beberapa skala nm,” katanya.

Beliau menjadi panel Bual Bicara Teknologi 5G dan Cip Nano dalam Vaksin-19 yang disiarkan secara langsung menerusi Facebook Medical Mythbuster­s Malaysia, barubaru ini.

Beliau berkata, tidak wujud peranti sebesar nano yang boleh berfungsi sendiri kerana ia perlu ada bahagian lain seperti komponen dan subsistem untuk berfungsi menghantar isyarat.

Kata Mohd Hanif, berdasarka­n kajian dilakukan beliau bersamasam­a rakan penyelidik di seluruh dunia mendapati, belum ada peranti berfungsi seperti robot atau cip bersaiz nano yang boleh masuk ke tubuh manusia menerusi kulit.

“Setakat ini, teknologi elektronik berasaskan nano yang dapat dihasilkan secara stabil dan pengeluara­n besarbesar­an hanyalah transistor di dalam cip mikro.

“Cip nano yang digembar

Sebenarnya MIT mencipta jarum mikro yang dibuat daripada gula dan juga ‘polivinil alkohol’ (PVA) MOHD HANIF

Kajian kesan buruk teknologi 5G kepada manusia sedang giat dilakukan dan belum mendapat keputusan konklusif ABDUL HALIM

gemburkan sebelum ini juga tidak benar dan ia lebih kepada cubaan menakutnak­utkan orang ramai,” katanya.

Mohd Hanif berkata, contoh palsu lain ialah dakwaan mengatakan cip nano sudah diwujudkan menerusi hasil ciptaan Massachuse­tts Institute of Technology (MIT) sebagai antara pusat penyelidik­an fabrikasi nano termaju di dunia.

Katanya, penelitian yang beliau lakukan mendapati ia bukan cip nano, tetapi hanyalah kaedah suntikan baharu memanfaatk­an fabrikasi nano.

“Sebenarnya MIT mencipta jarum mikro yang dibuat daripada gula dan juga ‘polivinil alkohol’ (PVA).

“Jarum mikro ini diisi dengan vaksin polio dan titik kuantum iaitu bahan nano berskala di bawah 10nm. Kelebihan titik itu ialah ia mengeluark­an warna yang berbeza-beza.

“Teknologi ini sangat maju dan bahan yang digunakan juga selamat kepada manusia,” katanya.

Kata Mohd Hanif, cara penggunaan­nya ialah menampal pada kulit dan jarum mikro ini akan meresap masuk ke dalam kulit apabila tampalan itu ditanggalk­an.

“Gula yang menjadi bahan membuat jarum mikro ini terurai dan akan mengeluark­an vaksin polio.

“Di atas vaksin ini pula, terdapat titik kuantum menggunaka­n bahan nano yang hanya bercahaya dan membentuk corak di kulit apabila dilihat menggunaka­n kamera telefon pintar.

“Titik kuantum ini menjadi penanda yang menunjukka­n individu itu sudah mengambil vaksin tertentu bergantung kepada corak yang ditinggalk­an.

“Ia (titik kuantum) tidak dapat dilihat menggunaka­n mata kasar untuk tujuan kosmetik, tidak seperti suntikan konvension­al yang meninggalk­an bekas pada kulit,” katanya.

Mohd Hanif berkata, menariknya titik kuantum ini ialah ia boleh bertahan sehingga lima tahun dan akan hilang daripada kulit sebagai tempoh biasa rekod imunisasi kanak-kanak.

Jelasnya, di samping menggantik­an buku atau cetakan rekod imunisasi, kelebihan lain sistem ini adalah penggunaan jarum mikro dapat mengurangk­an kesakitan kesan suntikan yang drastik.

Sementara itu, Felo Penyelidik Universiti Malaya yang juga ahli Pertubuhan Sahabat Sains Malaysia, Dr Abdul Halim Poh berkata, terdapat dua cabang dalam teknologi 5G iaitu sistem komunikasi selular dan gelombang elektromag­netik.

Abdul Halim berkata, ‘Internatio­nal Commission on Non-Ionizing’ menetapkan standard terperinci mengenai jumlah kadar pendedahan radiasi yang selamat kepada manusia.

“Namun hingga kini masih tidak diketahui pendedahan radiasi 5G boleh menyebabka­n masalah kesihatan atau sebaliknya.

“Setakat ini, tiada laporan menyatakan mereka yang tinggal berdekatan pencawang atau menara telekomuni­kasi terdedah kepada barah,” katanya.

Kata Abdul Halim, kajian mengenai kesan buruk teknologi 5G kepada kesihatan manusia sedang giat dilakukan dan belum mendapat keputusan yang konklusif.

Beliau berkata, teknologi 5G dan gelombang tidak boleh mengawal manusia kerana ia memerlukan teknologi yang dapat mengakses kepada objek yang boleh mengawal lem secara tanpa wayar.

“Melainkan jika manusia itu menggunaka­n elemen bionik lem, contohnya memakai tangan robot,” katanya.

 ??  ??
 ??  ?? MANUSIA mungkin boleh dikawal jika memakai tangan robot yang ada elemen bionik lem.
MANUSIA mungkin boleh dikawal jika memakai tangan robot yang ada elemen bionik lem.
 ??  ??
 ??  ?? MIKROSKOP elektron digunakan untuk partikel ke tahap beberapa skala nm.
MIKROSKOP elektron digunakan untuk partikel ke tahap beberapa skala nm.
 ??  ?? TEKNOLOGI 5G dan gelombang tidak boleh mengawal manusia.
TEKNOLOGI 5G dan gelombang tidak boleh mengawal manusia.
 ??  ?? VAKSIN Covid-19 tidak mengandung­i teknologi 5G dan cip nano.
VAKSIN Covid-19 tidak mengandung­i teknologi 5G dan cip nano.
 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia