Harian Metro

SUNTIKAN FLU KURANGKAN RISIKO

Warga emas mudah dijangkiti influenza kerana kurang berupaya aktifkan sel imun untuk bunuh virus dalam paru-paru

- Oleh Nor ‘Asyikin Mat Hayin asyikin.mat@hmetro.com.my

Pengambila­n vaksin flu dalam kalangan warga emas di negara ini sangat rendah, tetapi semakin ramai menyedari kepentinga­nnya dengan pelaksanaa­n kempen seperti Pencegahan Flu, Pengikat Kasih Sejati MIWG

Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) menganggar­kan 290,000 hingga 650,000 orang mati setiap tahun disebabkan influenza atau flu.

Daripada jumlah itu, kira-kira 90 peratus kematian membabitka­n warga emas.

Di Malaysia, satu kajian mendapati penghidap penyakit mirip influenza yang berusia lebih 65 tahun, mempunyai risiko kematian 10 peratus lebih tinggi.

Malaysian Influenza Working Group (MIWG) pada kenyataan menyatakan, flu mempunyai banyak persamaan dengan Covid-19.

Kedua-duanya penyakit berjangkit sistem pernafasan yang merebak melalui titisan air hidung dan air liur serta gejala sama.

“Individu berusia 65 tahun ke atas lebih mudah dijangkiti flu dan mengalami kesannya.

“Ini kerana sistem imun mereka kurang berupaya mengaktifk­an sel imun yang diperlukan untuk membunuh virus influenza dalam paruparu.

“Perubahan berkaitan dengan usia juga berlaku pada tisu penghubung paru-paru dan struktur sangkar toraks,” katanya.

Menurutnya, semua faktor ini mengurangk­an kemampuan warga emas untuk melawan penyakit sistem pernafasan yang serius.

“Mereka juga lebih mudah menghidap sindrom kesukaran pernafasan akut (ARDS) dan pelbagai lagi komplikasi flu, tetapi yang paling biasa ialah radang paru-paru.

“Vaksinasi flu terbukti dapat melindungi warga emas daripada komplikasi yang teruk.

“Kajian menunjukka­n, ia dapat mengurangk­an risiko berjumpa doktor disebabkan penyakit flu ialah sebanyak 45 peratus dan mengurangk­an risiko radang paru-paru 49 peratus,” katanya.

Selain itu, katanya, vaksinasi juga dapat mengelak warga emas dimasukkan ke hospital akibat daripada penyakit ini iaitu sebanyak 45 peratus.

“Ini sekali gus dapat mengurangk­an penderitaa­n fizikal, tekanan emosi, kos rawatan dan bebanan kewangan keluarga.

“Banyak negara di dunia memberikan vaksin flu secara percuma atau subsidi kepada warga emas di bawah program imunisasi nasional (PIN) antaranya Amerika Syarikat, Kanada, United Kingdom, Australia, New Zealand dan kebanyakan negara Eropah.

“Pengambila­n vaksin flu dalam kalangan warga emas di negara ini sangat rendah, tetapi semakin ramai menyedari kepentinga­nnya dengan pelaksanaa­n kempen seperti Pencegahan Flu, Pengikat Kasih Sejati,” katanya.

Jelasnya, semua profesiona­l penjagaan kesihatan digesa menasihati pelanggan agar mengambil vaksin dan meyakinkan mereka mengenai keselamata­n serta keberkesan­annya.

“Perlu juga dikongsika­n manfaat lain vaksin flu terhadap kesihatan seperti mengurangk­an risiko kardiovask­ular bagi pesakit jantung, penyakit kencing manis dan masalah buah pinggang kronik.

“Anak boleh cuba memujuk ibu bapa supaya menerima suntikan vaksin secara tahunan sebagai langkah pencegahan,” katanya.

Katanya, penyakit berjangkit merebak lebih cepat dan meluas di bangunan yang padat penghuni seperti penularan virus Covid-19 di rumah orang tua di United Kingdom.

“Flu juga menimbulka­n ancaman serupa, tetapi risikonya boleh dikurangka­n melalui pemberian suntikan flu tahunan kepada golongan sangat memerlukan dan terpinggir.

“Malaysia bakal menjadi negara tua maka kita perlu mengatur langkah bagi memastikan kesihatan dan kesejahter­aan warga emas di negara ini mencapai sasaran liputan vaksinasi dalam kalangan golongan itu sebanyak 75 peratus seperti dicadangka­n

WHO.

“Konsep vaksinasi seumur hidup merangkumi vaksinasi flu untuk warga emas dan ia sejajar dengan seruan penuaan sihat sebagai hak untuk semua,” katanya.

 ??  ?? KEMATIAN warga emas disebabkan penyakit influenza tinggi.
KEMATIAN warga emas disebabkan penyakit influenza tinggi.
 ??  ?? WARGA emas perlu mengambil vaksin influenza setiap tahun.
WARGA emas perlu mengambil vaksin influenza setiap tahun.
 ??  ?? VAKSIN influenza boleh mengurangk­an risiko penyakit kronik lain.
VAKSIN influenza boleh mengurangk­an risiko penyakit kronik lain.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia