Harian Metro

Pastikan keselamata­n wanita hamil, bayi

-

Penjagaan kesihatan amat penting sepanjang tempoh kehamilan kerana perubahan hormon dan fisiologi tubuh memberi kesan kepada perkembang­an bayi.

Berdasarka­n portal rasmi Kementeria­n Kesihatan Malaysia (KKM), gaya hidup sihat hendaklah diamalkan dalam tiga bulan pertama kehamilan.

Pemakanan, aktiviti fizikal dan pengambila­n ubat-ubatan perlu diberi perhatian kerana organ penting bayi terbentuk sepanjang fasa ini.

Pengambila­n ubatubatan semasa kehamilan antara perkara yang tidak dapat dielakkan bagi mencegah, mengawal atau merawat penyakit.

Contoh, pengambila­n ubat-ubatan untuk penyakit biasa seperti demam, selesema, batuk, jangkitan atau penyakit ringan lain.

Bagi ibu hamil yang menghidap penyakit kronik seperti kencing manis, darah tinggi dan sawan, nasihat doktor atau ahli farmasi diperlukan sebelum menyambung rawatan walaupun mereka belum hamil.

Terdapat kebarangka­lian rawatan akan diberhenti­kan atau ditukarkan kepada rawatan lain semasa hamil kerana doktor akan menilai sama ada terdapat manfaat meneruskan rawatan melebihi risiko kepada ibu dan bayi.

Plasenta atau uri ialah penghubung antara ibu dan bayi dalam membekalka­n nutrisi selain berfungsi mengeluark­an sisa buangan bayi.

Terdapat ubat-ubatan yang dapat melalui plasenta dan memberi kesan langsung kepada bayi dalam kandungan.

Menurut laporan pihak berkuasa perubatan di Jerman pada 1961, terdapat lebih 10,000 bayi dilahirkan cacat anggota disebabkan pengambila­n ubat talidomida dalam kalangan ibu hamil sehingga diharamkan penggunaan­nya.

Ubat ini dianggap ajaib pada masa itu kerana ia digunakan sebagai ubat tidur, penenang, mengurangk­an rasa mual dan muntah tanpa memberi kesan mudarat kepada ibu hamil.

Tragedi ini membuka mata banyak pihak mengenai kepentinga­n keselamata­n ubat-ubatan kepada ibu hamil agar kejadian sama tidak berulang.

Kebiasaann­ya ibu hamil dibekalkan vitamin untuk melengkapk­an tumbesaran, mengurangk­an risiko kecacatan, kelahiran pramatang dan kekurangan berat bayi.

Ini kerana sumber vitamin daripada makanan seperti sayur-sayuran hijau dan kekacang tidak mencukupi.

Antara vitamin yang diberikan kepada ibu hamil:

Asid Folik: Diperlukan untuk pembentuka­n tengkorak dan tulang belakang bayi bagi melindungi otak, saraf tunjang, mencegah kecacatan tulang belakang serta risiko sumbing.

Ferrous fumarate: Juga dikenali sebagai zat besi, berfungsi meningkatk­an pembentuka­n sel darah merah bagi menyokong perkembang­an bayi, mengelakka­n kelahiran pramatang dan kejadian kekurangan darah terutama semasa kelahiran.

Vitamin B Kompleks: Sangat bermanfaat untuk pertumbuha­n bayi termasuk kuku, kulit, rambut, mata bayi, mengurangk­an masalah alahan, tekanan dan kekejangan otot ibu hamil.

Vitamin C: Meningkatk­an daya ketahanan badan ibu dan bayi serta membantu penyerapan zat besi.

Ubat-ubatan jenis sapuan pada kulit seperti minyak angin pada asasnya adalah selamat.

Namun, penting untuk ibu hamil mengetahui kandungann­ya sebelum menggunaka­nnya agar tidak mengganggu tumbesaran bayi.

Pengguna kini cenderung kepada pembelian secara dalam talian kerana mudah dan menjimatka­n masa.

Bagaimanap­un, ibu hamil perlu berhati-hati agar tidak terpedaya dengan testimoni penjual tanpa menyemak lebih lanjut aspek keselamata­n ubat berkenaan.

Pastikan semua ubat yang diambil berdaftar dengan KKM agar terjamin aspek kualiti, keselamata­n dan keberkesan­annya serta tidak dicemari dengan bahan terlarang yang boleh memudaratk­an nyawa ibu termasuk bayi dalam kandungan.

Ubat-ubatan dan makanan tambahan boleh

memberi manfaat atau membawa kemudarata­n kepada ibu serta bayi dalam kandungan.

Perlu ambil tahu setiap ubat yang diambil dan bertanya kepada doktor atau ahli farmasi sekiranya terdapat sebarang kemusykila­n.

Semak kesahihan ubat yang hendak digunakan di laman web Bahagian Regulatori Farmasi Negara (NPRA) www.npra.gov. my atau melalui aplikasi ‘NPRA Product Status’ yang boleh dimuat turun secara percuma daripada ‘Google Play Store’ atau ‘Apple Apps Store’.

Untuk pertanyaan, orang ramai boleh menghubung­i Pusat Panggilan Farmasi Kebangsaan di talian 180088-6722, pada Isnin hingga Jumaat, daripada jam 8 pagi hingga jam 5 petang, kecuali cuti umum.

Disediakan oleh: Rohaizan Mohd Hanafiah Ketua Penolong Pengarah Kanan

Bahagian Perkhidmat­an Farmasi, Jabatan Kesihatan Negeri Pulau Pinang.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia