Harian Metro

Spieth teraju Pebble Beach Pro-Am

-

Saya berada di kedudukan terbaik selepas separuh perjalanan kejohanan Jordan Spieth

San Francisco: Jordan Spieth dalam landasan terbaik memburu kejuaraan pertama Jelajah PGA Amerika Syarikat (AS) selepas tiga tahun, apabila mencatatka­n lima bawah par 67 bagi mendahului saingan Pebble Beach Pro-Am.

Spieth, yang belum meraih sebarang trofi sejak menjulang kejuaraan utama ketiga di Terbuka British 2017, membenam empat daripada enam birdie pada sembilan lubang terakhir di Spyglass Hill.

Spieth mengumpul keseluruha­n 12 bawah par 132 untuk mengatasi rakan senegara AS, Daniel Berger dengan kelebihan satu pukulan.

Berger mencatat enam bawah par 66 bagi mengumpul keseluruha­n 133 pukulan.

“Saya berada di kedudukan terbaik selepas separuh perjalanan kejohanan.

Saya rasa ada sedikit peningkata­n berbanding minggu lalu. Memang sasaran untuk beraksi baik minggu ini dengan harapan saya cuba dan rasai perubahan setiap hari,” kata Spieth.

Dia menamatkan saingan dengan berkongsi tempat keempat minggu lalu di Phoenix dengan melakukan 61 pukulan di pusingan ketiga.

Pemain berusia 27 tahun kelahiran Texas itu memulakan pukulan di lubang ke-10 sebelum membenam birdie pada lubang ke-14 dan 17.

Bagaimanap­un, dia diganggu dengan bogey pada lubang pertama sebelum bangkit dengan empat lagi birdie pada lubang keempat, kelima, ketujuh dan kelapan. - AFP

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia