Harian Metro

HILANG MAHKOTA

Kejuaraan Diaz dilucut selepas timbangan berat badan lebih 59kg

-

Petinju Amerika Syarikat (AS), Joseph Diaz hilang mahkota junior-lightweigh­t Persekutua­n Tinju Antarabang­sa (IBF) pada hari menimbang berat badan, selepas melepasi had timbangan untuk pertemuan dengan Shavkatdzh­on Rakhimov dari Tajikistan.

Diaz, 28, perlu mempertaha­nkan kejuaraan 59 kilogram (kg) buat kali pertama selepas merampasny­a dari rakan senegara, Tevin Farmer pada Januari 2020.

Dia hilang kejuaraan berkenaan selepas mencatat timbangan melebihi 59kg berbanding Rakhimov yang tidak melepasi catatan berkenaan.

Rakhimov, 26, memburu kejuaraan dalam penampilan pertamanya di AS Fantasy Springs Resort Casino, California.

Diaz memegang rekod 31-1 dengan 15 kali knockout, berbanding Rakhimov, 15-0 dengan 12 kali knockout.

Bagaimanap­un, jika Diaz mencatat kemenangan dalam pertemuan hari ini, kejuaraan berkenaan dibiarkan tanpa sebarang penyandang.

“Sudah lama saya menunggu saat ini. Impian saya menjadi kenyataan jadi saya sangat gembira.

“Kuncinya ialah melakukan segala-galanya untuk meraih kemenangan. Diaz pasti terkejut nanti. Dia adalah petinju bagus, tapi dia tidak mampu menahan kekuatan saya,” kata Rakhimov.

Diaz memenangi lima pertarunga­n berturut-turut sejak tumpas buat kali pertama pada Mei 2018 menentang Gary Russell Jr.

“Saya mahu membuktika­n, saya yang terbaik dalam kategori ini,” kata Diaz yang turut didenda AS$100,000 (RM404,000) kerana melebihi berat badan.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia