Harian Metro

Ronaldo glamor di media sosial

-

Ronaldo mempunyai 261 juta pengikut di Instagram dan antara yang paling ramai mempunyai pengikut di dunia

London: Cristiano Ronaldo mencatat satu lagi rekod apabila muncul atlet sukan pertama mempunyai setengah bilion pengikut di media sosial.

Juventus sudah pasti mahu memanfaatk­an situasi ini ketika mengadakan rundingan lanjutan kontrak dengan bintang Portugal itu demi membantu kelab menerusi pemasaran.

Dia mempunyai 261 juta pengikut di Instagram dan salah seorang yang paling ramai mempunyai pengikut di dunia. Di Facebook, hantaranny­a mempunyai 125 juta tanda suka dan 147 juta pengikut manakala di Twitter, terdapat 91 juta pengikut.

Malah di YouTube, pengikutny­a melebihi sejuta orang.

Teman

wanitanya, Georgina turut mempunyai peminat yang ramai dengan 24 juta pengikut.

Pendapatan keseluruha­n Ronaldo menerusi penajaan lebih tinggi daripada pendapatan atlet profesiona­l dan kepentinga­nnya dapat dilihat pada setiap sektor perkhidmat­an dan penjagaan diri seperti tiga pusat penanaman rambut yang besar dimilikiny­a di Portugal dan Sepanyol.

Juventus pula berunding dengan ejen Ronaldo, Jorge Mendes untuk memujuk Ronaldo menyambung kontrak 12 bulan lagi. Kontraknya sekarang berakhir Jun 2022 dan gergasi Itali itu sedia membayar gaji lebih tinggi untuk mengekalka­nnya. - Agensi

 ??  ?? RONALDO dan Georgina mempunyai jutaan pengikut di media sosial.
RONALDO dan Georgina mempunyai jutaan pengikut di media sosial.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia