Harian Metro

Wark enggan isi bangku simpanan lagi

- Oleh Malik Muhamad am@hmetro.com.my

Kuala Terengganu: Selepas mengharung­i musim suram bersama Terengganu FC (TFC) musim lalu, pemain berdarah kacukan Malaysia-Scotland, Stuart Wark (gambar) pantas menyasarka­n impian untuk membawa skuad baharunya, Sarawak United mara ke pentas Liga Super musim depan.

’Kereta Kebal’ berusia 31 tahun itu yang diikat kontrak selama setahun menjelaska­n dia tidak rela lagi memanaskan bangku simpanan sebagaiman­a ketika menyarung jersi TFC musim lalu kerana dibelenggu kecederaan selain liga dipendekka­n berikutan wabak pandemik Covid-19.

Sebaliknya pemain pertahanan tinggi lampai itu tekad untuk menjadi nadi utama kebangkita­n skuad Bumi Kenyalang musim ini.

Katanya, kombinasi jurulatih, E Elavarasan dan Pengarah Teknikal, B Sathianath­an turut menambah keyakinann­ya untuk membantu skuad itu melakar sekurang-kurangnya naib juara Liga Perdana musim ini.

“Selepas sah tersenarai pemain Sarawak United, saya idam untuk membantu pasukan ini mara ke liga utama musim depan, namun jika dapat merangkul kejuaraan Liga Perdana lagi bagus.

“Saya lihat peluang skuad ini memburu kejuaraan cerah, kombinasi pemain muda dan berpengala­man yang datang dari Liga Super antara kekuatan pasukan, jadi saya meletakkan harapan yang tinggi agar impian itu menjadi kenyataan,” katanya.

Ketika ditanya faktor utama dia memilih skuad itu, pemain yang memulakan kariernya bersama kelab Lugar Boswell Thistle dalam Liga Scotland itu akui faktor perancanga­n pasukan serta jurulatih membuatkan dia memilih Sarawak United.

“Sebelum bersama Sarawak United, saya dapat tawaran daripada beberapa pasukan, tapi apabila Elavarasan menawarkan kontrak, tanpa berfikir panjang saya menerima tawaran itu kerana saya gembira bekerja dengannya.

“Lagipun Ela tahu corak permainan saya kerana pernah berlatih di bawah beliau ketika menyarung jersi PDRM pada 2019 selain saya melihat perancanga­n skuad ini cukup menarik dan begitu serius untuk beraksi pada saingan Liga Super musim depan,” kata Wark yang pernah menyarung jersi pasukan Johor Darul Ta’zim II, Sabah, Felda United dan Pulau Pinang.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia