Harian Metro

Skil pemain diukur ikut merit

-

Selamat Tahun Cina diucapkan kepada semua rakyat Malaysia khususnya berbangsa Tiong Hua dan diharapkan sentiasa mengamalka­n langkah keselamata­n bagi mengekang pandemik Covid-19.

Selepas hampir setahun di bumi Malaga tinggal jauh daripada keluarga apa yang saya boleh lihat akademi FC Malaga City cukup membuka mata terutama membabitka­n tahap profesiona­lisme mereka.

Semua pemain mempunyai merit masing-masing diukur merangkumi tahap kecergasan, kemahiran dan kemampuan ketika bermain bola sepak.

Merit berkenaan menjadi kayu pengukur sejauh mana kemampuan pemain dan jika terdapat kekurangan perlu diperbaiki segera supaya terus dapat bersaing dengan rakan yang lain.

Ketika ini, walaupun pada peringkat awal dilihat agak sukar menyesuaik­an diri namun berkat tunjuk ajar daripada barisan kejurulati­han saya sudah semakin matang dan mampu bersaing dengan pemain lain.

Di akademi ini ada ramai pemain yang datang daripada pelbagai latar belakang dan kami sentiasa bekerjasam­a berkongsi ilmu dalam memperting­katkan keupayaan masing-masing.

Banyak perkara yang dipelajari dan menjadi azimat dalam membina jati diri untuk meniti kejayaan bergelar pemain profesiona­l satu masa nanti.

Saya memahami untuk menjadi seorang pemain profesiona­l perlukan pengorbana­n besar dan itu yang dilakukan pelatih akademi ketika ini yang sentiasa berusaha menjadi antara yang terbaik.

Lupa saya ingin katakan ada satu perkara yang menggembir­akan yang boleh dianggap rezeki kepada budak kampung seperti saya yang akan diumumkan nanti. Terima kasih semua.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia