Harian Metro

Kelab sambut baik 5 Mac mula liga

-

Kuala Lumpur: Kelab Liga Malaysia (Liga M) memberikan maklum balas positif berhubung keputusan Liga Bolasepak Malaysia (MFL) untuk memulakan saingan liga pada 5 Mac ini selain memahami sepenuhnya prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan oleh Majlis Keselamata­n Negara (MKN).

Menerusi apa yang dibentangk­an dalam satu sesi taklimat yang dipengerus­ikan oleh Ketua Pegawai Eksekutif MFL, Datuk Ab Ghani Hassan pada Rabu, kebanyakan mereka memberikan persetujua­n terhadap keperluan mengadakan Liga M dalam tempoh hampir tiga minggu sebaik kebenaran latihan diberikan esok.

Bagi Ketua Pegawai Eksekutif Kedah Darul Aman (KDA) FC, Khamal Idris Ali, pihaknya menerima keputusan MFL untuk memulakan perlawanan Liga M pada 5 Mac selepas mendengar kekangan yang terpaksa dihadapi badan penganjur liga itu demi memastikan semua aksi liga dapat dihabiskan pada musim ini.

“KDA FC menerima keputusan MFL ini dan boleh menerima situasi yang dihadapi oleh MFL ekoran beberapa halangan tertentu yang tidak dapat dielakkan.

“Melihat beberapa faktor tertentu seperti pasukan kebangsaan juga perlukan ruang untuk membuat persiapan, kami perlu juga memahami atas kepentinga­n negara serta mengikut suara majoriti lain yang turut bersetuju,” katanya.

Sementara itu, Ketua Pegawai Eksekutif Kelantan FC, Norizam Tukiman menganggap saingan Liga M musim ini tidak perlu ditangguh lebih lama lagi dan bersyukur sekurang-kurangnya ia tidak dibatalkan terus khususnya dalam situasi pandemik Covid-19 yang tidak menentu ini.

Jelas Norizam, pasukannya sedar dengan tempoh masa yang agak terhad untuk berlatih, tetapi mereka akan mencari jalan terbaik bagi memastikan persiapan semua pemain berjalan dengan lancar.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia