Harian Metro

KOM tak sabar anjur kejohanan buat atlet

-

Kuala Lumpur: Kesatuan Olahraga Malaysia (KOM) sedang menunggu kalendar kejohanan bagi membolehka­n mereka merancang penyertaan buat ke semua atlet terutama dalam persiapan menghadapi temasya Sukan Sea Vietnam hujung tahun ini.

Ketua jurulatih, Mohd Manshahar Abdul Jalil (gambar) berkata, KOM bagaimanap­un perlu menunggu sehingga bulan Mac ini sebelum merangka penganjura­n kejohanan tempatan dan antarabang­sa.

Mengulas mengenai situasi dua atlet olahraga yang dijangkiti Covid-19, Lee Hup Wei dan Muhammad Irfan Shamsuddin, Manshahar memaklumka­n bahawa mereka sudah pulih dan kini sudah menjalani latihan seperti biasa.

“Hup Wei sudah pulih sepenuhnya dan menunggu masa untuk kembali semula berlatih dan menyertai kejohanan.

“Irfan juga sudah sihat dan di maklumkan bahawa kini dia sedang dalam proses pemulihan dan latihan juga sudah bermula serta tiada masalah setakat ini,” katanya.

Dalam perkembang­an yang sama KOM merancang untuk menganjurk­an Kejohanan Olahraga Grand Prix (GP) Malaysia pada Mac ini.

Ia menjadi harapan KOM untuk menganjurk­annya selepas tertangguh beberapa kali bagi memastikan atlet dapat kembali ke balapan seterusnya berpeluang memperagak­an aksi masing-masing selepas hampir setahun berehat panjang.

Presiden KOM, Datuk SM Muthu berkata, walaupun perintah kawalan pergerakan (PKP) dilanjutka­n hingga 18 Februari, KOM optimis GP Malaysia boleh diteruskan dengan prosedur operasi standard (SOP) lebih ketat bagi mengekang penularan pandemik Covid-19.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia