Harian Metro

Tunggu MHC perinci SOP latihan

-

Kuala Lumpur: Jurulatih PKS Uniten, Lailin Abu Hassan kini meneruskan latihan seperti biasa dan memantau anak didiknya secara atas talian.

Biarpun kerajaan sudah memberi lampu hijau penganjura­n kejohanan tempatan membabitka­n Liga Bola Sepak Malaysia, Liga Hoki Malaysia dan Liga Sepak Takraw namun beliau perlu menunggu makluman terperinci daripada Konfederas­i Hoki Malaysia (MHC) berhubung corak dan bagaimana latihan akan bermula.

“Ketika ini latihan masih diteruskan atas talian dengan setiap perkembang­an pemain akan dipantau dan di maklumkan kepada pengurusan.

“Mungkin satu atau dua hari lagi, kami akan tahu SOP (Prosedur Operasi Standard) dari MHC berhubung kebenaran untuk kembali berlatih sebelum perancanga­n lanjut dapat dibuat,” katanya.

Beliau yang juga penolong jurulatih skuad kebangsaan wanita bagaimanap­un berharap saingan liga akan diteruskan dalam masa terdekat ini.

“Pada saya kejohanan mesti dijalankan kerana

MHC juga mahu membuat perancanga­n seterusnya. Tapi kita pun tak pasti bila Covid-19 ini akan berakhir.

“Mahu atau tidak latihan perlu diteruskan saya berharap barisan PKS Uniten akan bersedia bila sampai waktunya,” katanya.

Bakal menurunkan empat muka baru, skuad wanita PKS Uniten menyasarka­n sekurang-kurangnya mempertaha­nkan gelaran juara Piala Vivian May Soars tahun lalu.

Mempertaru­hkan lapan pemain skuad kebangsaan, PKS Uniten akan beraksi bersama-sama skuad UniKL Ladies, PDRM, Sabah, Pulau Pinang dan pasukan pembanguna­n dalam saingan Liga Hoki nanti.

 ??  ?? SKUAD PKS Uniten sedia kembali ke padang latihan selepas MHC memperinci­kan SOP.
SKUAD PKS Uniten sedia kembali ke padang latihan selepas MHC memperinci­kan SOP.
 ??  ?? LAILIN
LAILIN

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia