Harian Metro

MAN UNITED BERI TEKANAN

Solskjaer harap saingan Eropah ditukar kepada satu perlawanan

-

Ole Gunnar Solskjaer berkata, beliau akan gembira jika saingan Eropah ditukar kepada satu perlawanan sahaja berbanding dua pusingan ketika mereka masih dihantui dengan pandemik Covid-19.

Selepas tersingkir dalam saingan Liga Juara-Juara (UCL) di peringkat kumpulan, Manchester United bakal memulakan aksi di Liga Europa dengan berdepan Real Sociedad Jumaat depan.

Old Trafford akan menjadi tuan rumah aksi kedua pusingan kalah mati namun perlawanan pertama akan dilangsung­kan di Turin bukannya di San Sebastian berikutan sekatan masuk yang dikenakan Sepanyol.

Chelsea, Manchester City dan Liverpool akan beraksi di perlawanan pertama kelompok 16 terakhir UCL di stadium berkecuali manakala kedua-dua perlawanan membabitka­n Arsenal dan Benfica di Liga Europa akan dipindahka­n.

“Bagi saingan peringkat Eropah, itu yang kami harapkan, biar ia dikekalkan. Setiap kerajaan berbeza, pergerakan di Eropah sekarang ini sangat sukar. Ia bukan keputusan yang dibuat oleh kami.

“Tapi apabila ada satu perlawanan di gelanggang neutral ia bukan satu kelebihan, terutama buat pasukan yang tidak berpeluang beraksi di tempat sendiri.

“Bagaimanap­un, ia di luar bidang kuasa kami. Tidak ada apa yang boleh kami katakan, lebih baik hanya beraksi di Turin dan bermain satu perlawanan. Kami tidak kisah, walaupun kurang satu perlawanan,” kata Solskjaer.

Sementara itu, menjelang perlawanan bertemu West Brom hari ini, Solskjaer dapat

Bagi saingan peringkat Eropah, itu yang kami harapkan, biar ia dikekalkan”

Ole Gunnar Solskjaer

menghela nafas lega apabila barisan pemainnya memperoleh tempoh rehat mencukupi selepas mengatasi West Ham pada aksi Piala FA.

“Pemain mempunyai peluang untuk menjalani latihan dan proses pemulihan. Kami dapat berehat pada Rabu,

Khamis, Jumaat serta Sabtu dan hanya turun beraksi pada Ahad (hari ini). Ia agak melegakan.

“Paul (Pogba) masih tidak dapat beraksi. Eric (Bailly) pula sudah menjalani latihan yang mana ia memberi suntikan semangat kepada kami,” katanya. - AFP

 ??  ??
 ??  ?? SOLSKJAER (tengah) lega apabila pemainnya memperoleh tempoh rehat mencukupi selepas mengatasi West Ham pada aksi Piala FA.
SOLSKJAER (tengah) lega apabila pemainnya memperoleh tempoh rehat mencukupi selepas mengatasi West Ham pada aksi Piala FA.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia