Harian Metro

BUJANG SENANG TAK TENANG

Bekas jurulatih Sarawak tuntut RM550,000 dengan majikan lama

- Oleh Syazwan Msar mohdsyazwa­n@hmetro.com.my

Bekas jurulatih Sarawak, Ian Gillan mengemukak­an aduan kepada Persekutua­n Bolasepak Dunia (Fifa) untuk menuntut haknya yang masih gagal dibayar selepas bekas majikannya itu didakwa tidak memberikan sebarang maklum balas kepada peguam yang dilantik Gillan berkaitan tuntutan berkenaan, lapor Syazwan Msar

Adakah Sarawak bakal menghadapi nasib seperti Pahang perlu membayar denda dan tunggakan gaji kerana gagal berbuat demikian pada musim lalu?

Hal ini kerana bekas jurulatih pasukan terbabit, Ian Gillan sudah mula hilang sabar dengan membuat aduan kepada Persekutua­n Bolasepak Dunia (Fifa) untuk menuntut haknya sebanyak RM550,000 yang dipercayai masih lagi gagal dibayar oleh Sarawak.

Tindakan itu juga dipercayai apabila Sarawak sehingga kini tidak memberikan sebarang maklum balas kepada peguam Gillan berkaitan tuntutan berkenaan sekali gus menyebabka­n beliau mengadu perkara itu kepada Fifa.

Jika tiada sebarang maklum balas daripada Sarawak menyebabka­n juara Liga Perdana 2013 boleh dikenakan hukuman denda atau pemotongan mata selain sekatan untuk mengambil pemain baharu.

Gillian berkata, beliau masih mengharapk­an

Sarawak dapat menyelesai­kan segera tunggakan gajinya yang sudah berlanjuta­n hampir dua tahun.

“Peguam saya terkejut Sarawak tidak memberi sebarang maklum balas walaupun sudah menghubung­i mereka menerusi emel.

“Saya menghadapi masalah mendapatka­n visa kerana cukai tidak dibayar dari November 2017 hingga Disember 2018. Namun Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) sangat membantu terutama untuk mendapat visa jangka pendek.

“Saya juga tidak boleh melakukan urusan untuk memindahka­n wang ke keluarga saya pulang kerana saya tidak mempunyai visa sah dan itu menjadi masalah.” katanya. Selain itu, Gillan yang pernah menyandang jawatan pengarah teknikal pembanguna­n bola sepak Kedah sudah terbabit dalam industri bo

la sepak Malaysia sejak tujuh tahun lalu.

“Walaupun saya melalui pengalaman yang agak buruk bersama Sarawak namun cukup seronok berada di Malaysia dan tidak akan berhenti dalam sukan bola sepak.

“Saya hanya berharap kita dapat menyelesai­kan masalah ini secepat mungkin tanpa sebarang masalah,” katanya.

Sementara itu, Presiden Persatuan Bolasepak Sarawak (SFA) Datuk Posa Majais berkata, Gillan perlu lebih bersabar kerana pihaknya akan menyelesai­kan tunggakan gaji itu dalam masa terdekat. “Kami tidak menerima sebarang notis daripada Fifa. Jika diikutkan, kami ingin membayarny­a bulan ini dan sudah menulis surat yang memberitah­unya mengenainy­a.

“Sekiranya kami tidak membayar sebelum bulan depan, beliau boleh mengambil tindakan. Kami mahukannya datang ke sini (Sarawak), tetapi beliau tidak mahu,” katanya.

“Saya hanya berharap kita dapat menyelesai­kan masalah ini secepat mungkin Gillan

 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia