Harian Metro

PREM SEDIA BERKERJASA­MA

Prem sedia beri kerjasama buru tiket ke Olimpik Tokyo

- Oleh Aida Adilah Mat aida_adilah@ hmetro.com.my

Bagi atlet karate negara, S Prem Kumar, dia tidak kisah berada di bawah kendalian mana-mana jurulatih kerana yakin mampu menyesuaik­an diri.

Malah kehadiran jurulatih baharu, R Puvaneswar­an ke dalam skuad kebangsaan di sambut dengan tangan yang terbuka dan Prem antara dua atlet karate yang berpotensi layak ke temasya Sukan Olimpik Tokyo yakin Puvaneswar­an dapat berkongsi pengalaman dengan keseluruha­n skuad negara.

Bagaimanap­un, hingga kini belum ada kata putus oleh Persatuan Karate Malaysia (Makaf) berhubung siapakah di antara tiga jurulatih iaitu, Puvaneswar­an, S Mahendran dan Alexander Arlanthu yang akan dipertangg­ungjawab untuk memastikan atlet negara layak ke Sukan Olimpik

Tokyo Julai ini.

Kata Prem yang kini berlatih di bawah bimbingan Mahendran, dia bersedia untuk menerima angin baharu malah tidak kisah untuk berlatih bersama siapa saja kerana ketiga-tiga jurulatih itu adalah tenaga tempatan.

“Bagi saya, saya OK sahaja kerana kesemua jurulatih itu tahu strategi,

teknik dan taktik yang saya guna.

“Jadi, memang saya sudah bersedia. Berlatih di bawah siapa saja pun bukan masalah untuk saya,” katanya. Pemenang pingat emas Sukan Sea Filipina dalam kategori 55 kilogram (kg) kumite itu berkata, Puvaneswar­an dapat membawa impak dalam skuad negara dan berkongsi pengalaman terutama apabila dia akan beraksi dalam kategori yang sama dengan Puvaneswar­an iaitu 67 kilogram (kg) pada aksi kelayakan ke temasya Olimpik nanti. “Puvanewara­n mempunyai banyak pengalaman. Bagi saya, saya boleh belajar benda baharu kerana kami dalam kategori yang sama. Malah dia antara atlet terbaik di peringkat Asia,” katanya yang pernah bekerjasam­a dengan Puvaneswar­an ketika berusia 16 tahun.

Puvaneswar­an, 46, dipilih menggantik­an ketua jurulatih, Ali Reza Souleymani dari Iran yang kontraknya tidak diperbahar­ui oleh Makaf, kerana mahu jurulatih yang lebih ke hadapan.

Dalam 20 tahun kariernya sebagai atlet kumite negara (1990-2010), Puvaneswar­an pernah menyumbang­kan pingat emas pada Sukan Asia 2002 di Busan, Korea Selatan dan 2010 Guangzhou, China selain pingat perak pada edisi 2006 Doha, Qatar dan gangsa edisi 1994 di Hiroshima, Jepun.

Beliau kemudian menjadi jurulatih kem kebangsaan bermula 2011 hingga 2015, sebelum membimbing skuad Thailand bermula 2017 hingga 2019.

“Berlatih di bawah siapa saja pun bukan masalah untuk saya Prem

 ??  ??
 ??  ?? PREM anggap semua jurulatih miliki persefaham­an yang baik dalam strategi dan taktik digunapaka­i.
PREM anggap semua jurulatih miliki persefaham­an yang baik dalam strategi dan taktik digunapaka­i.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia