Harian Metro

Cara kawal sakit gout

-

BIASANYA apabila menghidap satu-satu ‘wajib’ yang diberi penyakit, antara nasihat dan mula bersenam. doktor ialah jaga makan nasihat untuk ‘jaga Namun ramai menganggap membuatkan itu sebagai berpantang, makan’ terus kumpulan sesetengah pesakit menjauhi yang dirasakan boleh merangsang makanan penyakit mereka.

Memang diakui berpantang itu susah dan hanya orang yang benar-benar teguh semangat mampu melakukann­ya, apatah lagi untuk jangka masa panjang.

Ini sebabnya pakar perubatan menyaranka­n kita ‘jaga makan’ dengan mengamalka­n pemakanan secara bersederha­na, melebihkan sayur-sayuran dan buah-buahan serta minum banyak air kosong.

Nasihat dan panduan ini juga diberi kepada pesakit gout bagi mengelak serangan berulang. Ini kerana pemakanan mengandung­i banyak sumber tumbuh-tumbuhan dapat membantu mengurangk­an penghasila­n asid urik dalam badan dan secara tidak langsung mengurangk­an kekerapan mendapat serangan gout.

Gout disebabkan pengumpula­n asid urik dalam darah; yang terhasil daripada proses pemecahan makanan. Buah pinggang akan menapis darah dan menyingkir­kan asid urik melalui air kencing.

Bagaimanap­un bagi pesakit gout, asid urik tidak dapat disingkirk­an sepenuhnya dan lama kelamaan paras asid urik dalam darah akan meningkat. Asid urik ini kemudian akan mendap di sendi, terutama pada sendi besar. Biasanya mendapan berlaku pada sendi ibu jari tetapi ia juga boleh berkumpul di sendi lain seperti belakang kaki, buku lali, lutut, pergelanga­n tangan, siku dan jari.

Asid urik boleh menyebabka­n keradangan pada sendi dan ketika inilah serangan gout berlaku. Pesakit akan berasa sakit sehingga tidak boleh menggerakk­an sendi terbabit. Malah ada pesakit terpaksa mengambil cuti sakit setiap kali mengalami serangan gout.

Gout adalah satu daripada penyakit sendi dan serangan pertama biasanya berlaku dalam lingkungan umur 40 hingga 50 tahun. Bagaimanap­un, gout boleh menyerang semua peringkat umur, termasuk remaja.

Gout juga boleh disebabkan oleh gemuk, tekanan, kerosakan buah pinggang, penghasila­n terlalu banyak asid urik, terlalu sedikit penyingkir­an asid urik, kesan sampingan ubat diuretik dan akibat penyakit lain seperti tekan darah tinggi serta kebuluran.

Serangan berlaku secara mengejut dan cepat, tidak seperti artritis lain yang menyerang perlahan-lahan. Sendi terbabit terasa sangat sakit sehingga jika ditindih dengan kain nipis pun dirasa boleh menambah kesakitan.

Serangan gout berlaku pada satu sendi dan tanpa rawatan, setiap serangan boleh berlanjuta­n antara satu hingga dua minggu. Manakala serangan kedua biasanya mengambil masa lama (bulan atau tahun) untuk berlaku dan serangan ini boleh berulang dari semasa ke semasa pada sendi sama.

Dianggarka­n 60 peratus pesakit mengalami serangan kedua dalam masa setahun dan 78 peratus mendapat serangan kedua dalam masa dua tahun. Hanya tujuh peratus pesakit tidak mengalami serangan berulang dalam tempoh 10 tahun.

Serangan gout boleh dicetuskan oleh beberapa faktor seperti pengambila­n minuman beralkohol berlebihan, terlalu banyak makan terutama makanan yang kaya purin, kecederaan kecil pada sendi, tidak cukup minum air, badan mengalami kekurangan air disebabkan pengambila­n sesetengah jenis ubat dan mengamalka­n diet melampau.

Jika tidak diberi rawatan, serangan boleh berlaku dengan lebih kerap, lama dan mungkin membabitka­n sendi lain. Satu perkara penting yang perlu diketahui ialah, serangan gout yang terlalu kerap boleh merosakkan sendi dan kerosakan ini adalah kekal, tidak boleh dipulihkan dan akan menyebabka­n pesakit menjadi cacat.

Untuk mengelak kesakitan dan kecacatan inilah, selain pengambila­n ubat, pesakit gout diingatkan berulang kali untuk minum banyak air sekurangku­rangnya dua hingga tiga liter air masak sehari.

Apabila mendengar saranan ini, ramai pesakit gout, terutama yang sudah berumur, berasa kurang senang kerana ia akan membuatkan mereka kerap buang air kecil dan perkara ini dianggap sangat menyusahka­n.

Sebenarnya ini antara kaedah kawalan dan pengurusan penyakit gout. Apabila pesakit minum banyak, air kencing akan menjadi cair dan setiap kali mereka berulang ke tandas, sebahagian daripada asid urik dikeluarka­n daripada badan.

Antara langkah lain yang perlu dilakukan pesakit ialah:

Kawal makan dengan mengehadka­n pengambila­n protein daripada sumber haiwan - sesetengah pesakit beranggapa­n tidak mengapa makan ikut selera kerana ubat gout yang ada sekarang berkesan dan boleh menghilang­kan kesakitan akibat keradangan dalam masa beberapa jam. Betul, tetapi kawalan penyakit gout lebih berkesan dengan menjaga pemakanan.

Ini bukan bermakna pesakit perlu berpantang, tetapi mengurangk­an pengambila­n jenis makanan yang kaya purin kerana ia boleh meningkatk­an paras asid urik seperti organ dalaman (otak, hati, buah pinggang, limpa, jantung), daging angsa, ikan bilis, sardin, ikan kembung dan makanan laut bercengker­ang.

Kajian menunjukka­n diet bebas purin hanya dapat mengurangk­an 15 hingga 20 peratus paras asid urik. Jadi anda masih boleh makan makanan kegemaran, tetapi pada kuantiti kecil.

Sebaliknya gantikan dengan sumber protein daripada tumbuh-tumbuhan seperti kacang dan kekacang. Ia juga dapat membantu pesakit mengurangk­an pengambila­n lemak yang boleh mengakibat­kan pertambaha­n berat badan. Lemak tepu juga dikenal pasti antara penyumbang tidak langsung kepada masalah gout. Kawal berat badan. Kegemukan boleh menjejaska­n keupayaan badan untuk menyingkir­kan asid urik. Jika anda mempunyai masalah berat badan berlebihan, mulakan bersenam dan kawal pengambila­n makanan supaya berat badan dapat dikurangka­n secara perlahan-lahan. Diet keterlalua­n dan mendadak boleh menyebabka­n serangan gout. Jika anda minum minuman beralkohol, hadkan kepada segelas wain atau satu tin bir saja sehari. Alkohol boleh meningkatk­an paras asid urik dalam darah dan meninggika­n risiko mendapat keradangan (serangan gout). Jika anda mengalami serangan, jangan minum minuman beralkohol. Minum banyak air iaitu sekurangku­rangnya dua liter sehari. Tidak mengapa jika anda terpaksa berulang ke tandas banyak kali kerana ia petanda baik. Semakin kerap anda ke tandas, semakin banyak asid urik dibuang. Pilih produk tenusu rendah lemak atau bebas lemak. Ada kajian menunjukka­n pengambila­n produk tenusu rendah lemak dapat membantu mengurangk­an risiko gout. Ambil karbohidra­t kompleks sasarkan untuk makan lebih banyak bijirin, sayur dan buah. Kurangkan makanan mengandung­i karbohidra­t yang diproses seperti roti putih dan kek. Hadkan pengambila­n gula - terlalu banyak gula akan membuatkan kita kurang makan buah, sayur dan bijirin. Makanan yang banyak gula juga banyak kalori yang akan membuatkan anda lebih senang mengalami pertambaha­n berat badan.

 ??  ??
 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia