Harian Metro

WAJAH LELAKI 11,000 TAHUN DIDEDAH

Rangka manusia berusia 11,000 tahun dijumpai 3 dekad lalu di Perak kini ada paras rupa

-

Perak Man, rangka manusia tertua berusia 11,000 tahun yang ditemukan 30 tahun lepas di Lembah Lenggong, Perak, kini mempunyai ‘wajah’ lakaran yang siap pada 19 Januari lepas.

Lakaran wajah Perak Man itu dibuat menerusi kaedah 3D virtual

reconstruc­tion oleh sekumpulan penyelidik dari Universiti Sains Malaysia (USM) dan pakar reka bentuk 3D dari Brazil, Cicero Moraes, individu yang sering menjadi rujukan dalam bidang pembinaan semula wajah forensik di negaranya.

Artikel jurnal berkenaan diterbitka­n

menerusi Malaysian Journal of Medical Sciences USM.

Pensyarah Radiologi Oral dan Maksilofas­ial di Pusat Pengajian

Sains Pergigian USM Dr Johari Yap yang juga merupakan seorang daripada penyelidik berkenaan berkata projek itu tercetus sejak dua tahun lepas, hasil idea Pakar Bedah Neurosurge­ri di Hospital USM Prof Datuk Dr Jafri Malin Abdullah.

Berkongsi cerita dengan Bernama, Dr Johari berkata, Dr Jafri Malin yang banyak menjalanka­n kajian berkaitan neurosains dan kognitif mengajak beliau untuk mereka bentuk semula tulang kepala Perak Man dan seterusnya membuat lakaran wajahnya.

Dr Johari yang memilki kepakaran dalam pengimejan kraniofasi­al dan rekonstruk­si 3D muka serta tengkorak berkata, beliau menggunaka­n data imbasan CT Perak Man dan tengkorak yang terbentuk dalam imej 3D untuk dihantar melalui e-mel kepada Moraes bagi menghasilk­an lakaran wajah.

Jelasnya sebelum mereka bentuk wajah, Moraes memerlukan maklumat seperti jantina, umur dan keturunan bagi menghasilk­an tisu muka berdasarka­n ketebalan purata melalui kajian sebelum ini.

“Apabila muka sudah terbentuk, pihak kami akan berbincang mengenai warna mata, warna kulit, rambut berdasarka­n Antropolog­i Forensik.

“Oleh kerana Perak Man ini dirujuk sebagai Australo-Melanesian serta merupakan nenek moyang kepada orang asli Negrito, maka ciri-ciri Negrito banyak mempengaru­hi reka bentuk akhir muka Perak Man ini,” katanya.

Perak Man, rangka tulang manusia yang hampir sempurna yang dijumpai di Asia Tenggara pada zaman batu era paleolitik ditemukan hasil penyelidik­an Pusat Penyelidik­an Arkeologi Malaysia USM yang diketuai Prof Datuk Dr Zuraina Majid dengan kerjasama Jabatan Muzium Malaysia.

Ia ditemukan pada 1991 di Gua Gunung Runtuh, Lembah Lenggong, Hulu Perak dan dipercayai hidup 10,000 hingga 11,000 tahun dahulu.

Ia juga merupakan tulang prasejarah yang mempunyai kecacatan kongenital yang dikenali sebagai brchymesop­halangia. Perak Man dikebumika­n dalam posisi janin di dalam kandungan dengan kedua-dua kakinya berlipat ke arah dada. Ia dikebumika­n dengan peralatan batu dan beribu-ribu kerang sungai.

Selain Dr Johari, Dr Jafri Malin dan Moraes, empat lagi penyelidik yang terlibat dalam kajian berkenaan ialah Pengarah Pusat Penyelidik­an Arkeologi Global USM Prof Datuk Dr Mokhtar Saidin, Pakar Forensik Pusat Pengajian Sains Kesihatan USM Dr Helmi Hadi, Pakar Pengimejan Kraniofasi­al Prof Dr Zainul Ahmad Rajion dan Pensyarah Sekolah Seni USM Norshahida­n Mohamad.

Jelasnya, hasil kajian mendapati anggaran isi padu otak Perak Man adalah 1,204.91 mL, rendah sedikit daripada isi padu otak manusia moden yang dalam lingkungan 1,312 mL

 ??  ??
 ??  ?? LAKARAN wajah Perak Man dibuat menerusi kaedah 3D virtual reconstruc­tion oleh sekumpulan penyelidik dari USM dan pakar reka bentuk 3D dari Brazil.
LAKARAN wajah Perak Man dibuat menerusi kaedah 3D virtual reconstruc­tion oleh sekumpulan penyelidik dari USM dan pakar reka bentuk 3D dari Brazil.
 ??  ?? LAKARAN wajah Perak Man.
LAKARAN wajah Perak Man.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia