Harian Metro

PEGANGPESA­N AYAH

Calon SPM lega dapat tatap wajah arwah bapa buat kali terakhir

- lapor Muhammad Zulsyamini Sufian Suri

Muhammad Haikal Iskandar Zamri, 18, yang diberi kesempatan menatap jenazah bapanya buat kali terakhir ketika dibawa ke pekarangan sekolah beberapa minit sebelum dia menduduki kertas Sejarah Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) berazam melakukan yang terbaik dalam peperiksaa­n itu sebagai menuruti pesan arwah supaya menggantik­annya untuk menjaga keluarga selepas ini. Video tular ketika pelajar itu menaiki van jenazah untuk menatap wajah bapanya amat meruntun perasaan dan menerima kata-kata semangat daripada warga maya,

“Hati saya sebelum ini resah kerana tidak dapat menjenguk ayah sejak seminggu lalu. Ditambah jadual peperiksaa­n tidak mengizinka­n pulang seketika bagi menghadiri upacara pengebumia­n.

“Walaupun sedih, permintaan emak membawa jenazah ayah ‘singgah’ ke sekolah melegakan hati saya,” kata Muhammad Haikal Iskandar Zamri, 18.

Calon Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dari Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Simpang Beluru itu berkata, dia masuk lambat 20 minit ke dewan peperiksaa­n untuk menatap wajah arwah ayahnya, Zamri Abdul Hamid, 42.

Kelmarin, tular di media sosial memaparkan video Muhammad Haikal menatap jenazah bapanya dibawa menaiki van jenazah ke sekolah sewaktu menjalani peperiksaa­n Sijil Pelajaran Malaysia (SPM).

Menurutnya, sejak ayahnya dimasukkan ke hospital minggu lalu akibat kegagalan buah pinggang, mereka sekeluarga tidak berpeluang melawat kerana mematuhi prosedur operasi standard (SOP) mengekang Covid-19.

“Sejak seminggu lalu saya tak berpeluang bertemu, apatah lagi bercakap dengan ayah,” katanya.

Muhammad Haikal berkata, kali terakhir bertemu arwah ayahnya pagi Khamis minggu lalu sebelum mengikuti kelas tambahan.

Katanya, sebelum dimasukkan ke wad minggu lalu, ayah berpesan supaya dia menjaga emaknya, Siti Rahayu Norji, 36, dan dua adiknya.

Menurutnya, bapanya sudah lama menghidapi kegagalan fungsi buah pinggang namun baru-baru ini tahap kesihatann­ya merosot apabila mengalami kerosakan hati dan jangkitan kuman dalam darah.

“Sewaktu pulang dari kelas tambahan, saya diberitahu ayah dimasukkan ke Hospital Kuala Kangsar dan dipindahka­n ke Hospital Taiping kerana koma.

“Sepanjang ayah di hospital, kami tidak berpeluang melawatnya,” katanya sewaktu dihubungi Harian Metro.

Dia berterima kasih kepada guru yang menenangka­nnya selain mengizinka­n menatap wajah ayahnya buat kali terakhir.

Menurutnya, arwah bapanya ada berkelakua­n aneh seminggu sebelum dimasukkan ke hospital apabila makan masakan kampung dengan berselera.

Haikal berkata, mereka empat beranak kini tinggal dengan sokongan keluarga sebelah emaknya.

“Kami bukan orang senang kerana arwah sebelum ini hanya tukang kebun dengan pendapatan RM1,100 sebulan dan emak suri rumah.

“Saya akan lakukan yang terbaik dalam SPM kali ini bagi menuruti pesan ayah supaya ‘menggantik­an’ dia untuk menjaga keluarga selepas ini,” katanya.

‘ Walaupun sangat sedih, permintaan emak membawa jenazah ayah ‘singgah’ ke sekolah melegakan hati saya” Muhammad Haikal

 ??  ??
 ??  ?? MUHAMMAD Haikal sebak selepas diberi peluang menatap jenazah bapanya di SMK Simpang Beluru.
MUHAMMAD Haikal sebak selepas diberi peluang menatap jenazah bapanya di SMK Simpang Beluru.
 ??  ??
 ??  ?? HAIKAL sebak menatap wajah arwah ayahnya buat kali terakhir.
HAIKAL sebak menatap wajah arwah ayahnya buat kali terakhir.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia