Harian Metro

Penjual kuih tak mengaku hina PDRM

-

Kajang: Seorang penjual kuih yang videonya tular di media sosial kerana menghina Polis Diraja Malaysia (PDRM) dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di sini, semalam atas pertuduhan membuat video secara langsung di akaun Facebook miliknya untuk memalukan pasukan keselamata­n itu, tahun lalu.

Bagaimanap­un, Ahmad Tuah Abdullah, 38, mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan terhadapny­a dibacakan di hadapan Hakim Mohd Kafli Che Ali.

Lelaki itu didakwa secara sedar menggunaka­n aplikasi Facebook atas nama Tuah Ahmad Tuah dan memulakan video secara langsung yang jelek sifatnya untuk memalukan nama PDRM dan nama ketua anggota PDRM dengan niat menyakitka­n hati orang lain dan pasukan keselamata­n itu.

Ahmad Tuah yang didakwa melakukan perbuatan itu di sebuah kedai makan di sini, jam 2.44 petang, 31 Ogos 2020, dituduh mengikut Seksyen 233 (1) (a) Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 dan boleh dihukum di bawah Seksyen 233 (3) akta sama.

Jika sabit kesalahan, boleh didenda maksimum RM50,000 atau penjara maksimum setahun atau kedua-duanya dan boleh didenda selanjutny­a RM1,000 bagi setiap hari kesalahan itu diteruskan selepas pensabitan.

Terdahulu, Timbalan Pendakwa Raya Siti Nur Liyana Mohd Sulaiman menawarkan jaminan RM15,000 dengan seorang penjamin.

Ahmad Tuah yang tidak diwakili peguam merayu jaminan rendah kerana bekerja sebagai penjual kuih dan hanya memperoleh pendapatan rendah lebih-lebih lagi dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan ketika ini.

“Saya tiada niat menjatuhka­n martabat PDRM dalam video itu. Saya mohon mahkamah kurangkan jaminan kerana saya tidak mampu,” katanya dalam nada sebak.

Mahkamah membenarka­n tertuduh diikat jamin RM5,000 dengan seorang penjamin dan menetapkan 30 Mac ini untuk sebutan semula kes bagi serahan dokumen. Bernama

“Saya tiada niat menjatuhka­n martabat PDRM dalam video itu Ahmad Tuah

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia