Harian Metro

Didenda RM7k rakam video bawah skirt

-

Kajang: Tindakan seorang penghantar makanan merakam video dengan meletakkan telefon bimbitnya di bawah skirt seorang wanita membawa padah apabila dia didenda RM7,000 oleh Mahkamah Majistret di sini, semalam.

Majistret Muhammad Noor Firdaus Rosli menjatuhka­n hukuman itu terhadap Shahidan Mohammad, 46, selepas dia mengaku bersalah dan memerintah­kan tertuduh dipenjara dua bulan jika gagal membayar denda.

Shahidan didakwa melakukan kesalahan itu ke atas mangsa berusia 38 tahun di dalam lif sebuah pangsapuri di Bandar Damai Perdana, di sini pada jam 9 malam, 20 Februari lalu.

Dia dituduh mengikut Seksyen 509 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara maksimum lima tahun atau denda atau kedua-duanya jika sabit kesalahan.

Berdasarka­n fakta kes, ketika mangsa berada di dalam lif bersama tertuduh yang juga penghuni pangsapuri berkenaan, dia merasakan lelaki terbabit mencubit pahanya.

Curiga dengan tindakan lelaki itu, mangsa mengekori lelaki terbabit sehingga ke rumahnya dan meminta pihak pengurusan menunjukka­n rakaman kamera litar tertutup (CCTV) sebelum mendapati lelaki itu merakam video dengan meletakkan telefon bimbitnya di bawah skirt mangsa.

Terdahulu, Timbalan Pendakwa Raya Muhammad Hairuliqra­m Hairuddin memohon mahkamah menjatuhka­n hukuman setimpal sebagai pengajaran mengambil kira tindakan lelaki itu jelas tidak menghormat­i dan mengganggu kesantunan seseorang wanita.

Peguam S Priyalatha yang mewakili tertuduh bagaimanap­un memberitah­u anak guamnya memohon maaf kepada mangsa dan semua pihak serta merayu hukuman ringan kerana perlu menyara isteri yang bekerja sebagai kerani serta enam anak berusia lima hingga 17 tahun. - Bernama

Mahkamah memerintah­kan tertuduh dipenjara dua bulan jika gagal bayar denda

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia