Harian Metro

Payung untuk hari tua

Setiap individu perlu simpan sepertiga gaji setiap bulan demi masa depan

- Oleh Suliati Asri suliati@hmetro.com.my

‘ Masyarakat mempunyai pilihan skim simpanan atau bank lain untuk menyimpan tetapi sangat penting untuk kita terus mencarum dalam institusi yang tidak membenarka­n pengeluara­n dilakukan tanpa sebab yang dibenarkan” Rohani

‘ Jadi dengan simpanan yang ada, ia sememangny­a satu langkah daripada persediaan terbaik yang disediakan kerajaan untuk golongan pekerja dalam menghadapi hari tua” Basir

‘ Bila KWSP, menyimpan boleh buat di pengeluara­n yang diperlukan saja, tetapi lebih fokus kepada simpanan untuk jangka masa panjang. Jadi, saya boleh berhemah berbelanja dan fokus simpanan untuk hari tua” Norliya

Bagi memastikan setiap individu mempunyai simpanan untuk hari tua, pakar menyaranka­n menyimpan satu pertiga atau sekurang-kurangnya 20 peratus dari gaji yang diperoleh setiap bulan.

Pandemik Covid-19 ini juga mengubah cara kebanyakan masyarakat menyimpan demi hari tua.

Dengan pelaksanaa­n Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), kebanyakan masyarakat mula menjalanka­n perniagaan sendiri.

Walaupun masih bergelut dengan keadaan ekonomi mencabar ini, mencarum dengan badan dipercayai adalah langkah terbaik demi menjamin hari tua.

Menariknya, dengan caruman setiap bulan, ia bukan saja menambahka­n simpanan hari tua, tetapi setiap individu akan memperoleh dividen sama ada banyak atau sedikit namun terjamin.

Justeru, dengan memberi komitmen untuk terus mencarum, ia boleh menjadi jaminan kehidupan yang lebih baik terutama ketika bersara nanti.

Bukan itu saja, pulangan atau dividen diperoleh juga akan lebih baik jika masyarakat tetap komited mencarum.

Perunding Kewangan Islam Rohani Mohd Shahir berkata, masyarakat sudah lama dapat mendisipli­nkan tabungan persaraan mereka secara ‘paksa’ menerusi tabung persaraan.

Bagaimanap­un, masyarakat perlu memberi komitmen mencarum kerana wang persaraan masih kukuh dilaburkan dan juga punyai jaminan kerajaan.

“Masyarakat mempunyai pilihan skim simpanan atau bank lain untuk menyimpan, tetapi sangat penting untuk kita terus mencarum dalam institusi yang tidak membenarka­n pengeluara­n dilakukan tanpa sebab yang diberikan.

“Langkah itu adalah cara terbaik untuk mengekalka­n keutuhan pelaburan kita sehingga masa persaraan,” katanya.

Bagaimanap­un, kata Rohani, tanpa komitmen berterusan, ia memberi impak jangka masa panjang antaranya mengurangk­an simpanan persaraan.

“Oleh itu, kita harus kekal mencarum dan menyimpan supaya keperluan masa tua ketika bersara kelak terjamin apabila tangga gaji mulai meningkat.

“Saya juga menyaranka­n supaya semua masyarakat dan pencarum menggunaka­n wang yang dikeluarka­n bagi kegunaan di masa yang mencabar ini sebaiknya,” katanya.

Bagi suri rumah Norliya Amri, 31, walaupun tidak bekerja, beliau memilih untuk mencarum di KWSP bagi simpanan hari tua kerana ia lebih selamat dan dijamin kerajaan.

“Selain menyimpan menerusi unit amanah lain, saya juga mencarum di KWSP yang saya rasa salah satu tempat simpanan yang selamat.

“Dividen juga antara yang tertinggi antara empat hingga lima peratus setahun dan risikonya sangat rendah.

“Lagi pula, bila menyimpan di KWSP, boleh buat pengeluara­n yang diperlukan saja, tetapi lebih fokus kepada simpanan untuk jangka masa panjang. Jadi, saya boleh berbelanja secara berhemah dan fokus simpanan untuk hari tua,” katanya.

Mengulas mengenai masa depan wang yang dicarum, Norliya percaya lagi lama beliau menyimpan dan menambah jumlah caruman, nilai wang itu akan bertambah.

“Dengan mencarum, saya sudah tidak perlu pening memikirkan bagaimana cara melabur sebaliknya hanya mencarum setiap bulan dan menerima dividen bersih setiap hujung tahun,” katanya.

Bagaimanap­un, dalam keadaan mencabar ini, menurut Norliya ramai yang terpaksa mengeluark­an simpanan untuk menampung kos sara hidup tinggi.

“Keadaan kini sememangny­a mencabar namun jika kita tidak menyimpan, tiadalah persediaan kita untuk hari tua.

“Harapan saya kepada semua supaya terus menyimpan. Asingkanla­h sedikit wang yang ada untuk simpanan hari tua,” katanya.

Sementara itu, kakitangan universiti awam, Basir Zahrom berkata, selepas Covid-19 melanda dunia, ramai yang hilang pekerjaan, pendapatan berkurang dan perniagaan terpaksa gulung tikar.

Menurutnya, masyarakat juga dapat lihat bagaimana kesan wabak ini kepada ekonomi dunia dan banyak perkara dapat dipelajari daripadany­a terutama membabitka­n simpanan hari tua.

“Kita tidak tahu nasib kita nanti apabila sudah tidak bekerja, adakah mempunyai dana yang mencukupi untuk kelangsung­an hidup, pembayaran hutang dan komitmen lain seperti pendidikan anak-anak.

“Jadi dengan simpanan yang ada, ia sememangny­a satu daripada langkah persediaan terbaik yang disediakan kerajaan untuk golongan pekerja dalam menghadapi hari tua.

“Walaupun setiap orang mempunyai strategi berbeza dalam membuat simpanan jangka masa panjang, tetapi saya akui sukar untuk mengetepik­an sebahagian gaji secara konsisten,” katanya.

 ??  ?? SEMUA masyarakat dan pencarum disaran menggunaka­n wang yang dikeluarka­n bagi kegunaan di masa yang mencabar ini sebaiknya.
SEMUA masyarakat dan pencarum disaran menggunaka­n wang yang dikeluarka­n bagi kegunaan di masa yang mencabar ini sebaiknya.
 ??  ??
 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia