Harian Metro

Kesan tahap sederhana

Suntikan vaksin tidak menjejaska­n pergerakan warga emas, elak alami komplikasi lebih teruk

- Oleh Redzuan Muharam redzuan.muharam@hmetro.com.my

Golongan warga emas disaran tidak khuatir dengan kesan sampingan selepas menerima suntikan vaksin Covid-19.

Kajian dilakukan membuktika­n hanya empat peratus golongan itu akan mengalami kesan sampingan berbanding 25 peratus terhadap individu lebih muda.

Perkara itu diutarakan tiga pakar perubatan yang bersetuju dengan tindakan kerajaan meletakkan warga emas dalam kumpulan fasa dua iaitu kelompok awal menerima suntikan vaksin selepas petugas barisan hadapan menerusi Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan (PICK).

Pegawai Perubatan Sarjana Kesihatan Awam Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM) Kubang Kerian, Kelantan, Dr Tengku Muhammad Fakhruddin Tengku Md Fauzi berkata, pemberian awal suntikan vaksin kepada warga emas adalah langkah tepat dalam melindungi golongan berkenaan.

Katanya, suntikan vaksin itu dapat mengelak warga emas mengalami komplikasi lebih teruk khususnya bagi yang menghidap penyakit kronik.

“Kesan sampingan suntikan Covid-19 adalah pada tahap ringan ke sederhana iaitu tidak sampai menjejaska­n pergerakan.

“Lebih menarik lagi, kajian klinikal fasa ketiga

Lebih menarik lagi, kajian klinikal fasa ketiga mendapati kesan sampingan terhadap warga emas adalah kurang berbanding golongan muda. Jadi, saya syorkan warga emas mengambil vaksin demi keselamata­n untuk tempoh jangka masa panjang dan yakin ia bukan hanya baik untuk diri sendiri tetapi seisi keluarga mereka”

Dr Fakhruddin

mendapati kesan sampingan terhadap warga emas adalah kurang berbanding golongan muda.

“Jadi, saya syorkan warga emas mengambil vaksin demi keselamata­n untuk tempoh jangka masa panjang dan yakin ia bukan hanya baik untuk diri sendiri tetapi seisi keluarga mereka,” katanya ketika dihubungi Harian Metro.

Pakar Perubatan Keluarga Pejabat Kesihatan Daerah Johor Bahru, Dr Sakinah Sulong berkata, perlindung­an dengan suntikan vaksin penting kerana warga emas adalah golongan berisiko dijangkiti Covid-19 dan hingga kini 70 peratus kematian akibat Covid berlaku dalam kalangan individu berumur lebih 60 tahun ke atas.

“Manfaat suntikan vaksin itu amat besar. Data Pusat

Kawalan dan Pencegahan Penyakit Amerika Syarikat (CDC) menunjukka­n bagi individu berusia 50 hingga 64 tahun, 25 peratus akan mengalami kesan sampingan manakala bagi warga emas berusia 65 hingga 74 tahun pula hanyalah empat peratus.

“Maka, semakin berusia lebih rendah risiko berlakunya kesan sampingan (akibat suntikan vaksin),” katanya.

Turut menyokong pemberian suntikan vaksin awal kepada warga emas adalah Exco Perancanga­n Strategik Kempen Vaksinasi Persatuan Pembantera­s Mitos Perubatan Malaysia (Medical Mythbuster­s Malaysia) Dr Amirul Amzar.

Menurutnya, saranan itu berpanduka­n kepada kajian sedia ada yang menunjukka­n manfaat vaksin melebihi kesan sampingann­ya.

“Ada kesan sampingan selepas menerima suntikan vaksin sebagai tindak balas dalam menghasilk­an antibodi tetapi ia bersifat sementara, tiada kecacatan kekal atau menyebabka­n kematian.

“Kebanyakan kesan sampingan itu adalah ringan seperti merah, bengkak dan sakit pada tempat suntikan. Ia sama (kesannya) jika menerima suntikan vaksin lain.

“Namun, banyak salah faham gara-gara tindakan pihak tidak bertanggun­gjawab memanipula­si fakta sedangkan tiada kes kematian direkodkan selepas 200 juta individu menerima suntikan di seluruh dunia,” katanya.

 ??  ?? SEORANG pekerja kedai runcit R Selvam, 50, menyusun surat khabar yang dijualnya di Kuantan, semalam. Semua muka hadapan akhbar tempatan semalam memaparkan berita dan gambar Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin menerima suntikan vaksin Covid-19 jenis Pfizer BioNTech di Pejabat Kesihatan Daerah Putrajaya Presint 11, kelmarin.
SEORANG pekerja kedai runcit R Selvam, 50, menyusun surat khabar yang dijualnya di Kuantan, semalam. Semua muka hadapan akhbar tempatan semalam memaparkan berita dan gambar Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin menerima suntikan vaksin Covid-19 jenis Pfizer BioNTech di Pejabat Kesihatan Daerah Putrajaya Presint 11, kelmarin.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia