Harian Metro

637,000 sudah daftar untuk vaksin

-

Kuala Lumpur: Sejak pendaftara­n vaksin Covid-19 di bawah Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan yang dibuka secara rasmi melalui aplikasi MySejahter­a, seramai 637,000 individu sudah mendaftar sebagai penerima menerusi medium itu.

Jumlah itu direkodkan setakat jam 9 malam kelmarin.

Ketua Penolong Pengarah Kanan Bahagian Kawalan Penyakit, Kementeria­n Kesihatan Malaysia (KKM) Dr

Mahesh Appannan berkata, pada masa ini aplikasi berkenaan dilihat sebagai medium paling berkesan untuk menyebarka­n maklumat mengenai Covid-19 termasuk program vaksinasi.

“Aplikasi MySejahter­a sekarang mempunyai hampir 21 juta pengguna unik dan mereka semua aktif, setiap hari kita dapat hampir 18 hingga 20 juta check-in. Itu menunjukka­n banyak interaksi dan penggunaan MySejahter­a dalam kalangan rakyat.

“Buat masa ini kita memang tidak mewajibkan penggunaan MySejahter­a, tetapi menggalakk­an rakyat Malaysia untuk menggunaka­nnya. Mewajibkan sesuatu bukan selalunya strategi kami, ia datang dengan kesukarela­an,” katanya.

Kelmarin, Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin melancarka­n program pendaftara­n vaksinasi Covid-19 melalui aplikasi MySejahter­a bagi memudahkan pelaksanaa­n program imunisasi itu.

Majlis pelancaran diadakan selepas perdana menteri menerima suntikan pertama daripada dua dos vaksin Pfizer-BioNTech di

Pejabat Kesihatan Putrajaya pada jam 2.43 petang, sekali gus menjadi individu pertama menerima vaksin itu di negara ini.

Pendaftara­n melalui Aplikasi MySejahter­a merupakan antara lima kaedah pendaftara­n secara dalam talian atau secara manual yang disediakan kerajaan untuk orang ramai mendapatka­n suntikan vaksin Covid-19

dalam negara.

Selain aplikasi MySejahter­a, satu lagi kaedah secara dalam talian ialah melalui laman sesawang khas www.vaksincovi­d.gov.my manakala bagi pendaftara­n secara manual, orang ramai boleh mendaftar dengan menghubung­i talian

hotline (akan dimaklumka­n kemudian), hadir di fasiliti klinik kesihatan awam dan swasta atau menerusi program bantuan bagi penduduk di kawasan luar bandar dan pedalaman. - Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia