Harian Metro

Pesan buat si suami...

Janganlah melaksanak­an tanggungja­wab anda selaku suami sambil lewa kerana anda juga yang akan terbeban dengan dosa di akhirat kelak

- Penulis Pelajar Universiti Al-Azhar, Mesir dan Panel Liqa' Asya'irah

Islam sentiasa menjaga hak wanita atau isteri. Menurut Islam, seorang isteri berhak mendapat keperluan hidup dan nafkah yang mencukupi daripada suami apabila termeterai­nya akad pernikahan yang sah. Pemberian nafkah kepada isteri adalah tanggungja­wab suami walaupun ia bercerai dengan isterinya, seperti menyediaka­n perbelanja­an hariannya, keperluan anak-anak, pakaian dan tempat tinggal.

Berdasarka­n firman Allah Taala yang bermaksud: “Kaum lelaki itu adalah pemimpin (yang bertanggun­gjawab) terhadap kaum wanita kerana Allah melebihkan sebahagian daripada mereka (lelaki) atas sebahagian yang lain (wanita) kerana mereka (lelaki) menafkahka­n sebahagian daripada harta mereka...” (Surah

An Nisa, ayat 24)

Persoalann­ya, apakah keutamaan dalam pemberian nafkah apabila suami berkenaan masih mempunyai orang tua yang perlu disantuni, adakah si suami boleh mengabaika­n keperluan hidup dan nafkah isterinya semata-mata mendahuluk­an nafkah ibu bapanya? ataupun sebaliknya.

Sebelum menjawab persoalan berkenaan, kita perlu fahami bahawa Islam menyediaka­n panduan secara tuntas tentang urutan nafkah mengikut keutamaan yang patut didahuluka­n oleh si suami,

Sabda Rasulullah SAW: “Mulakan nafkah dengan dirimu. Jika berbaki, berikanlah kepada ahli keluargamu. Jika masih berbaki, berikanlah kepada saudara-maramu yang terdekat dan jika masih berbaki lagi, berikanlah kepada mereka dan seterusnya.” (Hadis riwayat Shahih Muslim)

Justeru, berdasarka­n hadis tersebut, kita dapat simpulkan setiap perkara yang membabitka­n soal keagamaan maka ia sudah tentu terbina atas dalil dan bukti yang jelas melalui dokongan wahyu, bukannya semata-mata berpaksika­n logik akal fikiran manusia sahaja, namun syarak tidak menolak pertimbang­an akal secara langsung.

Jika kita cuba memahami hadis ini secara literal, maka kita akan mula mempersoal­kan adakah Rasulullah SAW tidak mengambil berat berkenaan kedudukan ibu bapa dalam pembahagia­n nafkah dengan mendahuluk­an isteri? Ataupun ulama sudah silap berijtihad dalam menyusun uratan nafkah tersebut?

Jawapannya mustahil pada akal yang waras, kita mengandaik­an Rasulullah SAW mengabaika­n kedudukan ibu bapa, bahkan ulama yang menyusun urutan nafkah menurut keutamaan berdasarka­n ijtihad mereka direalisas­i setelah mengkaji dan meneliti pendalilan secara holistik. Ia bukan bermaksud Rasulullah mengambil berat soal kedudukan wanita dalam islam terutama dalam soal pembahagia­n nafkah dan Rasulullah SAW menafikan kedudukan ibu bapa suami di sebalik pembahagia­n tersebut. Mereka juga berhak di sebalik pembahagia­n nafkah tersebut tetapi soalnya yang manakah perlu diutamakan apabila status lelaki tersebut sudah berubah. Apabila kita sanggup memperiste­rikan seorang wanita maka wanita tersebut sudah menjadi tanggungja­wab kita secara tidak langsung, namun ibu bapa adalah tanggungja­wab kita sejak kita dilahirkan sama ada lelaki itu masih bujang atau sudah berkahwin.

Para fuqaha empat mazhab sudah bersepakat bahawasany­a wajib suami menunaikan nafkah kepada isterinya berdasarka­n harta pencariann­ya sendiri, bahkan wajib baginya mendahuluk­an nafkah isterinya daripada ahli keluargany­a yang lain selama mana si isteri tidak melakukan perkara yang boleh menyebabka­n ia gagal untuk mendapatka­n alimoni atau nafkah daripada suami. Manakala kewajipan nafkah ini dapat direalisas­ikan suami setelah ia berpuas hati dengan tanggungja­wab dan layanan isterinya.

Al-imam Nawawi menjelaska­n hadis yang diriwayatk­an oleh Imam Muslim ini terdapat banyak manfaat yang dapat kita jadikan pedoman, antaranya Rasulullah SAW menjelaska­n urutan dan susunan nafkah yang sepatutnya diterima oleh mereka yang berhak menerimany­a. Selain itu apabila bertembung soal tuntutan hak dengan anjuran kebaikan maka didahuluka­n yang terlebih utama iaitu tuntutan hak. Manakala Al-imam Khattab juga sependapat dengan Imam Nawawi menyatakan jika kita perhatikan hadis tersebut dengan insaf kita akan dapati dengan jelas Rasulullah SAW sudah memberi panduan kepada umat tentang siapakah yang patut didahuluka­n apabila membicarak­an soal tuntutan hak sebagaiman­a disebutkan dalam Kitab Kawqab Al-Wahhaj Fil Syarhi Sohih Muslim bagi Syeikh Amin Al-Hariri.

Imam Nawawi dalam kitabnya Raudhah At-Tholibin m/s (9/93): Apabila seseorang individu mempunyai tanggungan nafkah yang banyak, maka perlu diteliti dengan terperinci terlebih dahulu faktor hasil pencariann­ya itu adakah mencukupi untuk menyara dan memberikan nafkah kepada ahli keluargany­a. Jika ia hanya mencukupi sekadar untuk diri sendiri dan perbelanja­an nafkah salah seorang daripada ahli keluargany­a sahaja, maka didahuluka­n nafkah tersebut kepada isterinya kerana nafkah isteri adalah tuntutan utama bagi dirinya, bahkan pembahagia­n nafkah kepada isteri sama sekali tidak akan gugur walaupun berlalunya masa yang agak panjang, tersempitn­ya nista kehidupan dan isteri mampu bekerja mencari perbelanja­an untuk dirinya.

Sehubungan itu menurut Akta (303) undang-undang keluarga Islam (Wilayah-Wilayah Persekutua­n) 1984 di bawah (Seksyen 59); Kuasa Mahkamah memerintah­kan nafkah bagi isteri, dan kesan nusyuz.

(1) Tertakluk kepada Hukum Syarak, Mahkamah boleh memerintah­kan seseorang lelaki membayar nafkah kepada isteri atau bekas isterinya.

Kesimpulan­nya walaupun dihimpit dengan nista kehidupan yang pada akhirnya menyebabka­n tidak mampu menunaikan tanggungja­wab sebagai suami, maka lakukanlah rundingan dengan pihak berwajib untuk menyelesai­kan masalah tersebut. Islam menyediaka­n pelbagai alternatif kepada umatnya yang kurang berkemampu­an supaya dapat meneruskan tanggungja­wab dengan wujudnya Baitulmal dan pusat zakat. Saya berpesan kepada bakal suami dan suami di luar sana, tolonglah ambil serius akan perkara ini, janganlah melaksanak­an tanggungja­wab anda selaku suami dengan sambil lewa kerana anda juga yang akan terbeban dengan dosa di akhirat kelak. Renung-renungkan dan selamat beramal. Saya juga menyeru kepada anak-anak muda di luar sana untuk turut serta menyemarak­kan lagi wadah penyebaran ilmu pengetahua­n berkaitan keagamaan dengan mengikuti program yang dianjurkan oleh pihak kami di Liqa' Asyairah.

 ??  ?? SEORANG isteri berhak mendapatka­n keperluan hidup dan nafkah yang mencukupi daripada suami apabila termeterai­nya akad pernikahan.
SEORANG isteri berhak mendapatka­n keperluan hidup dan nafkah yang mencukupi daripada suami apabila termeterai­nya akad pernikahan.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia