Harian Metro

Guna dua jarum berbeza elak pencemaran silang

-

Kuala Lumpur:

Penggunaan dua jarum suntikan yang berbeza adalah mengikut keperluan ketika prosedur suntikan termasuk proses vaksinasi, menurut Kementeria­n Kesihatan (KKM).

KKM menjelaska­n bahawa untuk prosedur menyedut cecair dari botol, ia memerlukan jarum lebih besar berwarna biru bagi memastikan pengambila­n adalah lancar.

“Perbezaan warna jarum bermakna saiz lubang berbeza. Jarum yang digunakan untuk menyedut dari botol adalah lebih besar (biru) untuk memastikan kelancaran.

“Manakala jarum bersaiz lebih kecil (merah atau jingga) adalah untuk inokulasi bagi mengurangk­an rasa sakit dan lebam,” menurut KKM dalam satu kenyataan, semalam.

Di samping itu,

KKM juga menekankan bahawa jarum yang berbeza diperlukan untuk mencegah pencemaran silang antara pesakit.

“Yang penting, vaksin yang diambil dari botol dan diberikan kepada pesakit tidak berubah,” menurut kenyataan itu.

Kelmarin, Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin menjadi individu pertama menerima suntikan vaksin Pfizer-BioNTech, sekali gus menandakan bermulanya Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan.

Penggunaan dua jenis jarum berbeza yang ditukar daripada biru ke jingga ketika pemberian vaksin Covid-19 kepada Perdana Menteri menjadi perbahasan di media sosial hingga ada pihak mengatakan beliau tidak disuntik vaksin sebaliknya cecair lain. – Bernama

Vaksin diambil dari botol dan diberikan kepada pesakit tidak berubah

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia