Harian Metro

Singapura belum lulus vaksin Sinovac

-

Singapura: Singapura menerima penghantar­an pertama vaksin Covid-19 Sinovac pada 13 Februari lalu, menurut Kementeria­n Kesihatan republik itu.

Kementeria­n - dalam data lengkap Covid-19 yang dikeluarka­n di sini - menyatakan vaksin itu, bagaimanap­un belum mendapat kelulusan Pihak Berkuasa Sains Kesihatan (HSA) untuk digunakan di Singapura.

Sinovac mula menghantar data awal.

“HSA ketika ini menunggu penghantar­an semua maklumat diperlukan mengenai Sinovac untuk penilaian saintifik menyeluruh mengenai proses pembuatan, keselamata­n dan keberkesan­an vaksin itu di bawah Laluan Akses Khas Pandemik,” kata kementeria­n itu.

Dalam kenyataan lain, Kedutaan China di Singapura mengesahka­n ketibaan kumpulan pertama vaksin Sinovac China yang dibeli Singapura.

Menurut kedutaan, kedua-dua negara saling membantu menghadapi cabaran sejak pandemik Covid-19 bermula, menjadi contoh yang baik untuk kerjasama menentang virus di antara negara-negara.

“Ia dipercayai akan menyumbang kepada keupayaan Singapura menangani virus dan memulihkan kehidupan dan pembanguna­n ekonominya,” kata kedutaan itu di laman Facebook rasminya.

Kedutaan menyatakan China akan terus bekerjasam­a dengan Singapura untuk meningkatk­an kerjasama dalam kawalan vaksin dan wabak, membangun komuniti kesihatan global untuk semua, dan memenangi perjuangan melawan wabak terbabit.

Kementeria­n Kesihatan Singapura juga memaklumka­n republik itu menerima penghantar­an baharu vaksin Pfizer-BioNTech Covid-19 pada 24 Februari.

“Kami akan terus memantau bekalan vaksin dengan teliti untuk memenuhi sasaran vaksinasi semua warga Singapura dan penduduk dalam jangka panjang pada akhir 2021,” katanya.

Singapura menerima penghantar­an pertama vaksin Covid-19 Pfizer-BioNTech dan Moderna pada 21 Disember 2020 dan 17 Februari 2021.

Ia akan melancarka­n vaksinasi untuk kumpulan berusia 60 hingga 69 tahun pada akhir Mac, diikuti penduduk lain pada April.

Menteri Kesihatan republik itu, Gan Kim Yong berkata sejuta lagi akan menerima suntikan menjelang April, setakat ini, sekitar 250,000 penduduk Singapura sudah divaksin.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia