Harian Metro

Tiada kesan sampingan selepas kena suntik

-

Kuala Lumpur: “Alhamdulil­lah, sehari selepas menerima suntikan dos pertama vaksin Covid-19, tiada kesan sampingan yang dialami setakat ini,” kata Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah.

Beliau berkata, sehingga petang semalam, tiada gejala demam atau rasa sakit di tempat suntikan dialaminya.

“Jumlah larutan vaksin yang digunakan adalah hanya 0.3 mililiter (ml) dan jarum yang digunakan adalah jarum yang halus,” katanya menerusi hantaran terkini di Facebook (FB), semalam.

Dr Noor Hisham juga menyeru orang ramai supaya mendaftar menerusi aplikasi MySejahter­a dengan segera bagi mendapatka­n suntikan vaksin.

“Segera mendaftar di MySejahter­a untuk menerima vaksin Covid-19 yang akan diberikan mengikut fasa kelayakan yang ditetapkan. Vaksin memberi pelindunga­n diri dan pelindunga­n imuniti kelompok,” katanya.

Kelmarin, Dr Noor Hisham bersama Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin serta empat petugas barisan hadapan Kementeria­n Kesihatan Malaysia (KKM) antara individu yang menerima suntikan pertama vaksin Covid-19.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia