Harian Metro

Bukan pempengaru­h tapi ketua jabatan

-

Kuala Lumpur:

Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah, semalam menjelaska­n influencer atau pempengaru­h yang bakal menerima vaksin hari ini sebenarnya adalah ketua jabatan klinikal Hospital Serdang.

Beliau yang merujuk laporan sebuah portal berita berkata, pemvaksina­n ke atas ketua jabatan terbabit bertujuan menggalakk­an staf mereka yang bertugas sebagai barisan hadapan turut mengambil vaksin itu.

“Tidak ada yang memotong barisan. Mereka yang bukan petugas perubatan termasuk bahagian pentadbira­n, tidak dimasukkan dalam senarai penerima itu,” katanya dalam hantaran Twitter beliau.

Terdahulu semalam, portal berita tersebut melaporkan pihak pengurusan Hospital Serdang bercadang menyenarai­kan influencer sebagai antara yang bakal menerima vaksin Covid-19 hari ini, sekali gus mencetuska­n kebimbanga­n banyak pihak.

Dalam hantaran berbeza, Dr Noor Hisham berkata, bagi Fasa 1, keutamaan ialah memastikan mereka yang akan menjalanka­n proses vaksinasi itu menerima vaksin masing-masing terlebih dahulu diikuti staf yang menguruska­n atau terdedah kepada pesakit Covid-19 termasuk pekerja pembersiha­n.

“Malah, staf di ibu pejabat Kementeria­n Kesihatan Malaysia (KKM) yang terbabit dalam pasukan petugas serta Pusat Kesiapsiag­aan dan Tindakan Cepat Krisis (CPRC) pun tidak termasuk dalam Fasa 1 ini. Justeru, sila tunggu giliran anda,” tegasnya.

Sementara itu, dalam kenyataann­ya, Dr Noor Hisham yang menafikan laporan berhubung pelan memberi vaksinasi kepada pempengaru­h tersebut dan turut mengingatk­an pertubuhan media agar berhati-hati ketika membuat laporan selain hanya melaporkan berita disahkan.

“KKM berharap laporan palsu seperti ini dapat diambil tindakan segera oleh pihak berwajib bagi mengelak salah faham dalam kalangan masyarakat,” katanya. - Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia