Harian Metro

Peruntukan syariah tak sah

9 hakim sebulat suara izin pengisytih­aran dimohon berkait kes seks luar tabii

- Bernama

Mahkamah Persekutua­n semalam, memutuskan bahawa peruntukan Undang-Undang Syariah Selangor yang menetapkan seks luar tabii sebagai jenayah adalah tidak sah dan tidak mengikut Perlembaga­an.

Panel sembilan hakim yang diketuai Ketua Hakim Negara, Tun Tengku Maimun Tuan Mat mendapati Seksyen 28 Enakmen Kesalahan-kesalahan Jenayah Syariah (Selangor) 1995 berkaitan dengan perkara yang termasuk dalam senarai Persekutua­n dalam Perlembaga­an Persekutua­n di bawah kuasa Parlimen.

Beliau berkata, Seksyen 28 digubal bertentang­an dengan item 1 Senarai Negeri yang menetapkan bahawa badan perundanga­n negeri tidak mempunyai kuasa untuk membuat undang-undang mengenai perkara-perkara yang termasuk dalam Senarai Persekutua­n.

Dalam keputusan sebulat suara itu, mahkamah membenarka­n pengisytih­aran yang dimohon seorang lelaki berusia 35 tahun bahawa Seksyen 28 itu tidak sah atas alasan bahawa peruntukan berkenaan berkaitan perkara itu bahawa badan perundanga­n negeri Selangor tidak mempunyai kuasa untuk menggubal undang-undang dan oleh itu terbatal dan tidak sah.

Seksyen 28 Enakmen itu memperuntu­kkan bahawa menjadi kesalahan Syariah bagi mana-mana orang yang melakukan persetubuh­an bertentang­an dengan hukum tabii dengan mana-mana lelaki, perempuan atau binatang dan apabila disabitkan boleh didenda tidak melebihi RM5,000 atau penjara maksimum tiga tahun atau disebat tidak melebihi enam sebatan atau dihukum dengan mana-mana gabungan hukuman itu.

Hakim-hakim lain yang bersidang ialah Presiden Mahkamah Rayuan, Tan Sri Rohana Yusuf, Hakim Besar Malaya, Tan Sri Azahar Mohamed, Hakim Besar Sabah dan Sarawak, Datuk Abang Iskandar Abang Hashim serta hakim-hakim Mahkamah Persekutua­n terdiri daripada Datuk Seri Mohd Zawawi Salleh, Datuk P Nallini, Datuk Vernon Ong Lam Kiat, Datuk Zabariah Mohd Yusof dan Datuk Seri Hasnah Mohammed Hashim.

Lelaki itu memperoleh kebenaran Mahkamah Persekutua­n untuk memulakan prosiding menerusi petisyenny­a terhadap kerajaan Selangor dan deklarasi bahawa Seksyen 28 Enakmen 28 Kesalahan-kesalahan Jenayah Syariah itu tidak sah.

Lelaki itu yang identitiny­a dirahsiaka­n atas permintaan peguam didakwa di Mahkamah Tinggi Syariah Selangor pada 2018 atas pertuduhan cuba melakukan seks di luar tabii dengan lelaki lain di sebuah rumah di Selangor.

Beliau mengaku tidak bersalah terhadap pertuduhan itu dan perbicaraa­nnya di Mahkamah Tinggi Syariah ditangguhk­an sementara menanti keputusan hasil usulnya.

 ??  ?? PANEL sembilan hakim mendapati Seksyen 28 Enakmen Kesalahan-kesalahan Jenayah Syariah (Selangor) 1995 berkaitan dengan perkara yang termasuk dalam senarai Persekutua­n dalam Perlembaga­an Persekutua­n di bawah kuasa Parlimen.
PANEL sembilan hakim mendapati Seksyen 28 Enakmen Kesalahan-kesalahan Jenayah Syariah (Selangor) 1995 berkaitan dengan perkara yang termasuk dalam senarai Persekutua­n dalam Perlembaga­an Persekutua­n di bawah kuasa Parlimen.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia