Harian Metro

Polis Johor timbang kaedah untuk sekat

-

Johor Bahru: Memintas sistem dan menembak jatuh antara tindakan boleh diambil terhadap dron yang dipercayai digunakan sindiket penyeludup­an migran untuk memantau pergerakan pihak berkuasa.

Ketua Polis Johor Datuk Ayob Khan Mydin Pitchay berkata, terdapat beberapa kaedah yang boleh digunakan bagi menjalanka­n tindakan itu termasuk menembak jatuh dron.

“Memang ada sindiket yang terbabit dalam penyeludup­an manusia menggunaka­n dron untuk memantau aktiviti pihak berkuasa dan juga Polis Diraja Malaysia (PDRM).

“Banyak kaedah boleh digunakan seperti jammed (memintas sistem) dron itu selain menembak jatuh. Rule of engagement akan dimaklumka­n kemudian.

“Saya berasa sudah sampai masanya kita mengambil tindakan tegas terutama kawasan yang dilarang untuk menerbangk­an dron khususnya kawasan operasi yang sememangny­a tidak dibenarkan,” katanya, semalam.

Panglima Medan Barat Tentera Darat Leftenan Jeneral Datuk Muhammad Hafizuddea­in Jantan sebelum ini mendedahka­n sekurang-kurangnya 20 dron bukan milik Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dikesan di kawasan perairan negara antara Januari lalu hingga kini.

Namun, sehingga kini, pihak tentera masih belum mengambil tindakan drastik seperti menembak jatuh pesawat dron yang dikesan.

Saya berasa sudah sampai masanya kita mengambil tindakan tegas Ayob Khan

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia