Harian Metro

Geng Azahar kecundang

14 individu dipercayai terbabit curi, lerai motosikal dicekup dalam 11 serbuan

- Oleh Nurul Hidayah Bahaudin nurul.hidayah@hmetro.com.my

Polis menahan 14 individu termasuk dua wanita serta seorang lelaki warga Indonesia yang dipercayai terbabit dengan kegiatan curi motosikal dalam 11 serbuan berasingan di daerah ini, Hulu Langat dan Rawang pada 1 Februari hingga 18 Februari lalu.

Ketua Polis Daerah Sungai Buloh Superinten­dan Shafa’aton Abu Bakar berkata, semua suspek yang ditahan terdiri daripada individu yang mencuri motosikal, teman wanita suspek serta pembeli berusia antara 16 hingga 41 tahun.

“Kami turut merampas lima motosikal, lima rangka motosikal, satu bongkah enjin motosikal serta rim motosikal bernilai RM30,000.

“Hasil soal siasat dilakukan, kami mengenal pasti 15 kes kecurian motosikal didalangi geng ini yang dikenali sebagai Geng Azahar dan 12 kes berjaya diselesaik­an setakat ini,” katanya pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Sungai Buloh di sini, semalam.

Shafa’aton berkata, geng itu dipercayai aktif sejak akhir tahun lalu dengan menyasarka­n motosikal Yamaha, Modenas dan Honda.

“Ahli geng ini dipercayai meleraikan motosikal dicuri sebelum memotong rangka motosikal dan membuangny­a ke dalam tasik dan sungai dekat daerah ini.

“Komponen motosikal curi digunakan sendiri atau dijual kepada rakan berminat dengan harga lebih rendah daripada pasaran.

“Suspek turut menjual motosikal curi kepada warga asing dengan harga antara RM500 hingga RM1,000 mengikut jenis atau model motosikal dan keuntungan dibahagi kepada semua ahli,” katanya.

Katanya, semakan mendapati 10 daripada suspek mempunyai antara dua hingga lapan rekod lampau berkaitan jenayah dan dadah.

“Hasil ujian saringan awal air kencing dilakukan mendapati sembilan daripada 14 suspek terbabit positif dadah.

“Semua suspek direman sehingga esok untuk siasatan lanjut mengikut Seksyen 379A Kanun Keseksaan kerana mencuri motosikal,” katanya.

 ??  ?? SHAFA’ATON (kiri) menunjukka­n barang rampasan pada sidang media di IPD Sungai Buloh, semalam.
SHAFA’ATON (kiri) menunjukka­n barang rampasan pada sidang media di IPD Sungai Buloh, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia