Harian Metro

Penyamun guna pistol mainan ditahan

-

Rawang: Polis menahan seorang lelaki menggunaka­n pistol mainan untuk menyamun kedai serbaneka 24 jam di Kundang di sini, Isnin lalu.

Ketua Polis Daerah Gombak Asisten Komisioner Arifai Tarawe berkata, pihaknya menerima laporan berhubung kejadian itu daripada seorang wanita berusia 35 tahun yang bekerja di kedai serbaneka berkenaan.

“Dalam kejadian jam 8 malam itu, pengadu memaklumka­n seorang lelaki masuk ke dalam premis sebelum mengacu objek menyerupai pistol ke arahnya.

“Suspek meminta wang daripada pengadu namun dia memaklumka­n tiada wang dan mengarahka­nnya membuka peti wang kaunter.

“Bagaimanap­un, pengadu memberitah­u dia tidak boleh membuka peti wang dan suspek meminta sekotak rokok sebelum terus beredar,” katanya.

Arifai berkata, pihaknya menahan seorang lelaki berusia 26 tahun dalam serbuan di Jalan Besar Bandar Rawang di sini, jam 11 pagi, kelmarin.

“Dalam serbuan itu, kami merampas satu pistol mainan berwarna hitam dan satu baju-T berwarna biru yang digunakan ketika kejadian.

“Suspek direman selama empat hari bermula hari ini (semalam) hingga 28

Februari untuk siasatan lanjut mengikut Seksyen 393 Kanun Keseksaan dan Seksyen 36 Akta Senjata 1960,” katanya.

Dalam kes berasingan, katanya, pihaknya menahan dua lelaki berusia 18 dan 52 tahun bersama 50 peket heroin dalam serbuan di Kampung Sri Makmur, Sri Gombak, Gombak, kelmarin.

Katanya, kedua-dua suspek direman selama tujuh hari bermula semalam hingga 3 Mac untuk siasatan lanjut mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952 dan Seksyen 15(1)(a) akta sama.

 ??  ?? ARIFAI
ARIFAI

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia