Harian Metro

Sukar mahu percaya

Pemandu lori dihukum gantung sampai mati kerana edar dadah

- Oleh Abdul Rahemang Taiming am@hmetro.com.my

Seorang pemandu lori dijatuhi hukuman gantung sampai mati oleh Mahkamah Tinggi di sini, semalam atas kesalahan mengedar dadah, tiga tahun lalu.

Hakim Dr Lim Hock Leng, menjatuhka­n hukuman itu terhadap tertuduh, L U Ambara L U Jusri, 50, dari Kampung Tanjung Batu Laut selepas berpuas hati dengan keterangan dan hujahan pendakwaan yang berjaya membuktika­n kes terhadap tertuduh melampaui keraguan munasabah.

Hock Leng dalam penghakima­nnya berkata, mahkamah juga mendapati pembelaan tertuduh adalah pembelaan yang sukar untuk dipercayai dan oleh yang demikian tertuduh didapati bersalah serta dihukum gantung sampai mati.

Mengikut pertuduhan, tertuduh didakwa mengedar dadah jenis methamphet­amine seberat 125.29 gram (g) berhampira­n sebuah kedai runcit di Jalan Tanjung Batu Laut, dekat sini, jam 8.30 pagi pada 17 April 2017.

Bagi kesalahan itu, dia didakwa mengikut Seksyen 39B(1)(a), Akta Dadah Berbahaya 1952 dan boleh dihukum mengikut Seksyen 39B (2), akta sama yang memperuntu­kkan hukuman mati mandatori.

Seramai lima saksi pendakwaan dan empat saksi pembelaan dipanggil sepanjang kes perbicaraa­n berkenaan.

Pendakwaan dilakukan Timbalan Pendakwa Raya, Mohammed Ali Imran manakala tertuduh diwakili peguam, Hamid Hamzah Mydin.

Terdahulu, Ambara yang memakai baju-T dan seluar pendek putih tiba di mahkamah menggunaka­n kerusi roda selain terpaksa diusung anggota polis sebelum dibawa ke bilik perbicaraa­n.

Malah, sejurus hukuman dibacakan Ambara yang tenang dalam kandang tertuduh sempat menoleh ke arah ahli keluargany­a yang hadir di luar bilik bicara mahkamah.

 ??  ?? AMBARA menggunaka­n kerusi roda hadir di Mahkamah Tinggi Tawau, semalam.
AMBARA menggunaka­n kerusi roda hadir di Mahkamah Tinggi Tawau, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia