Harian Metro

Denda RM10,000 suapan RM4,804

-

Shah Alam:

Seorang bekas penolong pengurus operasi sebuah syarikat logistik didenda RM10,000 oleh Mahkamah Sesyen di sini, semalam selepas mengaku bersalah menerima suapan berjumlah RM4,804.40 pada 2017.

Tertuduh, T Vadivelan, 51, membuat pengakuan itu selepas pertuduhan terhadapny­a dibaca di hadapan Hakim Rozilah Salleh.

Mengikut pertuduhan, bapa kepada dua anak itu diberikan wang suapan berjumlah RM4,804.40 oleh pengurus sebuah syarikat sebagai dorongan untuk meneruskan kontrak lantikan kerja-kerja dilakukan syarikat itu untuk Pembekalan Tenaga Kerja di syarikat tempat tertuduh bekerja.

Justeru, tertuduh melakukan kesalahan mengikut Seksyen 25 (1) Akta Suruhanjay­a Pencegahan Rasuah Malaysia 2009 (Akta 694) dan boleh dihukum mengikut Seksyen 25 (2) Akta yang sama.

Jika disabit kesalahan, tertuduh boleh didenda tidak melebihi RM100,000 atau dipenjarak­an selama tempoh tidak melebihi 10 tahun atau kedua-duanya.

Vadivelan didakwa melakukan kesalahan itu di sebuah bank tempatan di Taman Subang Perdana, Shah Alam pada 15 Oktober 2017.

Pendakwaan dilakukan Timbalan Pendakwa Raya SPRM, Fadhli Ab Wahab manakala tertuduh tidak diwakili peguam. Terdahulu, Rozilah dalam penghakima­nnya berharap tertuduh insaf dan tidak mengulangi perbuatan itu.

Bekas penolong pengurus terima suapan RM4,804.40 pada 2017

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia