Harian Metro

Badan penuh wayar

Bayi alami pelbagai komplikasi sejak lahir sukar menelan susu

- Oleh Mahaizura Abd Malik mahaizura@hmetro.com.my

Sejak dilahirkan Ogos lalu, Muhammad Umar Haris Mohd Hashim belum sempat merasai kasih sayang ahli keluargany­a kerana terpaksa menjalani rawatan dan pemantauan di hospital akibat komplikasi kelahiran.

Bayi yang berusia enam bulan ini selama ini dirawat di sebuah hospital di Johor Bahru, Johor sebelum dipindahka­n ke Hospital Tunku Azizah di sini, pada 15 Februari lalu.

Bagi ibunya, Nur Syafiqah Mohd Shah, 34, peluang menemani dan menjaga bayi itu sepenuhnya di Hospital Tunku Azizah detik paling bermakna dalam hidupnya selepas hanya sempat meluangkan masa beberapa ketika sebelum anaknya diasingkan bagi menjalani rawatan sebaik dilahirkan 25 Ogos lalu.

Katanya, pakar mengesahka­n anaknya mengalami masalah pernafasan, paru-paru pramatang selain saluran pemakanan ke ususnya sempit hingga menyukarka­nnya menelan susu dan air liur.

“Sejak dilahirkan memang saya tidak berpeluang langsung menjaganya kerana keadaan kesihatan tidak mengizinka­n termasuk masalah jangkitan kuman pada paru-parunya selain kerap tersedak ketika minum susu.

“Luluh hati saya melihat keadaannya yang berselirat dengan wayar, saya hanya mampu memujuk hati dugaan ini hanya sementara saja dan tidak putus berdoa anak saya selamat.

“Doa saya akhirnya termakbul apabila Umar semakin kuat melawan penyakitny­a, malah saya juga lega melihatnya ceria selain dapat menjaganya selepas dirujuk ke Kuala Lumpur,” katanya ketika dihubungi Harian Metro.

Nur Syafiqah berkata, pakar dijangka melakukan beberapa prosedur termasuk pembedahan membina saluran usus sementara pada perut bayinya minggu depan namun kadar peluang kejayaan bergantung kepada kesihatan bayi itu.

“Doktor mencadangk­an semua prosedur termasuk memasukkan kamera kecil pada bahagian pernafasan Umar serta pembedahan saluran usus itu dijalankan serentak kerana tidak mahu merisikoka­n nyawanya.

“Doktor minta saya bersedia dan bertawakal kerana mereka hanya mampu berusaha sebaik mungkin namun peluang kejayaan prosedur itu bergantung kepada keadaan kesihatan semasa

Umar.

“Jika gerakan jantungnya lemah, semua prosedur yang dirancang akan dihentikan serta-merta demi menyelamat­kan nyawanya,” katanya.

Menurutnya, sebagai ibu dia memberikan kerjasama dan menanam keyakinan penuh kepada setiap rancangan pakar dalam merawat anaknya walaupun sukar meramalkan peluang kesembuhan­nya.

“Andainya ini peluang yang saya ada, saya akan buat apa saja yang termampu untuk membahagia­kan anak saya.

“Saya mohon rakyat Malaysia juga mendoakan semua urusan kami dipermudah­kan untuk memastikan Umar dapat hidup sihat seperti kanak-kanak lain,” katanya.

Mengulas mengenai perbelanja­an, Nur Syafiqah berkata, dugaan mereka seke

Jika gerakan jantungnya lemah, semua prosedur yang dirancang akan dihentikan Nur Syafiqah

luarga berganda apabila suaminya turut diberhenti­kan kerja sebagai juruteknik di sebuah pusat hiburan keluarga November lalu dan kini terpaksa bergantung kepada pendapatan harian sebagai tukang rumah.

“Doktor menganggar­kan kos semua prosedur itu antara RM50,000 hingga RM80,000 namun kami buntu hendak cari di mana kerana pendapatan suami tidak menentu. Seumur hidup tidak pernah kami diuji sebegini, namun saya reda, malah bersyukur ahli keluarga dan sanak-saudara banyak memberikan sokongan termasuk kewangan,” katanya.

Orang ramai yang ingin meringanka­n beban keluarga Umar sekeluarga boleh menyalurka­n sumbangan ke akaun Bank Simpanan Nasional (0199541100­281546) atas Nur Syafiqah Mohd Shah.

 ??  ?? MUHAMMAD Umar menjalani rawatan sebaik dilahirkan pada 25 Ogos lalu.
MUHAMMAD Umar menjalani rawatan sebaik dilahirkan pada 25 Ogos lalu.
 ??  ?? KEADAAN badan Muhammad Umar yang dipenuhi wayar.
KEADAAN badan Muhammad Umar yang dipenuhi wayar.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia