Harian Metro

Agnes cari lelaki boleh bimbing dekati agama

-

Jakarta: Penyanyi popular Indonesia, Agnes Monica, 34, mengaku dia sering gagal dalam hubungan dijalin sebelum ini mungkin kerana kurang mendekatka­n diri dengan Tuhan.

Agnes yang dikenali sebagai Agnez Mo dalam temubual di saluran YouTube bersama Daniel Mananta baru-baru ini berkata, dia juga masih mencari lelaki yang mampu membawanya dekat dengan agama.

“Selama ini, hubungan yang saya jalin dengan seseorang selalu terkandas kerana mungkin kurang didasari dengan tunjang agama, yang mana lebih dekat pada Tuhan.

“Sebenarnya ramai yang tahu, di mana sudah diingatkan bahawa apa saja pun yang kita lakukan, perkara yang membuat kita jauh daripada Tuhan, harus ditinggalk­an.

“Apapun, untuk saya selama ini mungkin tidaklah terlalu jauh daripada agama, cuma kurang mendekatka­n diri dengan Tuhan dan ini yang cuba saya perbaiki dulu,” katanya.

Menurut penyanyi yang popular dengan lagu Matahariku, apa yang sudah berlaku dalam hubungan cintanya sebelum ini juga disebabkan dia belum bersedia untuk lebih serius. - Agensi

 ??  ?? AGNES
AGNES

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia