Harian Metro

Jangan mudah nak jatuh hukum aje!

-

Kuala Lumpur: “Tidak semua yang dikongsika­n di media sosial seperti membeli kereta baharu atau rumah baharu itu untuk menunjuk-nunjuk. Sebaliknya, kita yang tengok kena berfikir positif dan bersangka baik,” kata penyanyi dan pelakon, Syura Badron.

Ia sebagai mengulas video berdurasi 44 saat dimuatnaik Syura, 34, di TikTok dan ditujukan kepada sesiapa yang terasa.

Katanya, kepada mereka yang terasa atau ‘sentap’ itu, baguslah.

“Video ini sebagai peringatan bersama supaya kita tidak mudah atau cepat ‘menjatuh hukum’ terhadap tindakan orang lain yang bersikap terbuka membuat apa sahaja perkongsia­n di media sosial.

“Kita yang mengikuti seseorang itu di media sosial janganlah cepat buruk sangka dan membuat andaian sendiri bahawa apa yang dikongsi sama ada perjalanan kejayaan dalam hidup yang dipaparkan­nya adalah mahu menunjuk-nunjuk.

“Sekarang sudah tahun

2021, jadi tiba masanya kita yang mempunyai fikiran negatif dan cepat buruk sangka mengubah cara pemikiran. Ubahlah perlahan-lahan cara berfikir yang akhirnya akan membersihk­an hati,” katanya.

Menurut Syura yang juga ibu tunggal tiga anak, pandanglah semua kejayaan orang lain sebagai satu inspirasi dan bukan dengan perasaan dengki atau iri hati.

Katanya, sejak aktif dalam perniagaan kosmetik diusahakan, dia sering mengingatk­an diri supaya terus bersabar dan tidak begitu mempedulik­an segala cakap-cakap orang mengenai dirinya.

 ??  ?? SYURA
SYURA

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia