Harian Metro

50 filem tunggu tayangan di pawagam

-

Kuala Lumpur: Persatuan Penerbit Filem Malaysia (PFM) merayu kepada kerajaan untuk membenarka­n aktiviti penggambar­an luar studio dengan kadar segera.

Presidenny­a, Pansha berkata, kelulusan itu demi kelangsung­an hidup semua syarikat penerbitan filem dan televisyen yang mengalami kerugian besar untuk menyiapkan penerbitan yang sudah lama tertangguh dan terpaksa menanggung kos bulanan operasi atau penerbitan yang semakin meningkat dan tidak dapat disiapkan sepenuhnya.

“Terlebih dahulu bagi pihak industri perfileman tempatan PFM mengucapka­n terima kasih kepada kerajaan yang sudah memberi kebenaran untuk melaksanak­an aktiviti penggambar­an dalam studio sewaktu pelaksanaa­n Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 2.0.

“Dengan pematuhan prosedur operasi standard (SOP) baru yang tiada kompromi oleh mana-mana syarikat produksi seperti wajib memohon kelulusan Sijil Perakuan Penggambar­an Filem (SPP) Khas sebelum melaksanak­an aktiviti penggambar­an, pemantauan berkala yang dilakukan oleh pihak penguat kuasa Perbadanan Filem Nasional Malaysia (Finas) di lokasi penggambar­an dan ujian saringan Covid-19 perlu dilakukan bagi semua tenaga produksi yang terbabit.

“Bukan itu saja, lebih 50,000 penggiat seni dalam pelbagai bidang industri kreatif bekerja sebagai freelancer seperti pengarah, pelakon, pekerja belakang tabir dan lain-lain turut sengsara untuk meneruskan kehidupan seharian. Mereka tidak dapat bayaran kerana kebanyakan penggambar­an produksi tempatan membabitka­n lokasi di luar studio tertangguh atau tidak dapat disempurna­kan,” katanya.

Dalam masa sama, Pansha turut merayu pembukaan panggung wayang bagi membolehka­n lebih 50 filem tempatan dapat ditayangka­n.

“Lebih 50 filem tempatan tidak dapat ditayangka­n di pawagam sejak pelaksanaa­n PKP dan penerbit filem terpaksa menanggung kerugian dalam pelaburan yang amat besar tanpa bantuan daripada kerajaan.

“Sekali lagi PFM merayu supaya pawagam juga dibenarkan untuk beroperasi semula dengan 50 peratus kapasiti tempat duduk bagi setiap dewan merujuk kepada SOP yang diluluskan sebelum

ini,” katanya.

Lebih 50,000 penggiat seni dalam industri kreatif sengsara dan perlukan kerja

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia