Harian Metro

KEMBALI CATAT UNTUNG

Media Prima catat keuntungan selepas cukai RM18.1 juta bagi suku terakhir 2020

- Oleh Sri Ayu Kartika Amri kartika@hmetro.com.my

Media Prima Berhad (Media Prima) merekodkan keuntungan selepas cukai (PAT) sebanyak RM18.1 juta bagi tempoh tiga bulan berakhir 31 Disember 2020, memperbaik­i kerugian selepas cukai (LAT) berjumlah RM106.3 juta yang dicatatkan pada suku keempat tempoh sama pada 2019.

Rekod keputusan kewangan yang positif ini adalah bagi suku tahunan kedua berturut-turut.

Media Prima sebelum ini mencatatka­n keuntungan sebanyak RM11.8 juta bagi tempoh tiga bulan berakhir 30 September 2020.

Prestasi berterusan ini mencermink­an usaha transforma­si perniagaan yang dimulakan pada awal 2020.

Biarpun berhadapan dengan persekitar­an mencabar yang belum pernah dialami, Media Prima mempertaha­nkan perolehan kumpulan bagi tahun kewangan 2020, merekod perolehan RM1.04 bilion berbanding RM1.11 bilion bagi tahun kewangan 2019 iaitu penurunan 6.0 peratus.

Pengerusi Kumpulanny­a, Datuk Syed Hussian Aljunid berkata, tahun 2020 mencabar bagi semua.

“Namun, Media Prima terus berdiri teguh di dalam keadaan yang sukar ini.

“Kami berterima kasih kerana di samping terus berkembang maju dalam perniagaan, kami juga berjaya mewujudkan suasana yang harmoni untuk penonton di rumah.

“Pencapaian pada suku ketiga

‘ Kami berterima kasih kerana di samping terus berkembang maju dalam perniagaan, kami juga berjaya mewujudkan suasana yang harmoni untuk penonton di rumah” Syed Hussian Aljunid

dan keempat 2020 menunjukka­n keberkesan­an usaha transforma­si perniagaan kumpulan.

“Biarpun begitu, kami sedar mengenai risiko jangka pendek dan sederhana yang bakal dihadapi akibat pandemik Covid-19 dan kami akan terus memperting­katkan kecekapan operasi,” katanya dalam kenyataan, semalam.

Sementara itu, Pengarah Urusan Media Prima, Datuk Iskandar Mizal Mahmood berkata, langkah strategik yang diambil untuk mentransfo­rmasi kumpulan yang didorong oleh kakitangan berdedikas­i merealisas­ikan perancanga­n untuk mengakhiri tahun 2020 dengan pencapaian positif.

“Kami sudah mempamerka­n daya ketahanan dan kreativiti di dalam norma baru melalui penganjura­n beberapa acara maya seperti Karnival Jom Heboh dan Anugerah Bintang Popular BH.

“Azam yang kuat dan ketangkasa­n kami dalam menyesuaik­an diri dengan suasana persekitar­an yang sentiasa berubah ini akan mendorong kepada kejayaan kumpulan,” katanya.

Selain itu, kerugian selepas cukai juga dikurangka­n sebanyak 90 peratus kepada RM18.1 juta bagi tahun kewangan 2020 berbanding kerugian sebanyak RM185.5 juta pada tahun kewangan sebelumnya.

Kemajuan ini dicapai berikutan penguranga­n perbelanja­an operasi menerusi inisiatif pengoptimu­man kos.

Syarikat digital Kumpulan, REV Media Group (REV

Media) mencatatka­n PAT berjumlah RM10.8 juta bagi tahun kewangan 2020 berbanding RM1.7 juta setahun yang lalu.

Perolehan bagi tahun kewangan 2020 meningkat 21 peratus kepada RM90.1 juta daripada RM74.4 juta.

Perkembang­an yang memberangs­angkan itu adalah susulan penyatuan semua aset digital kumpulan di bawah REV Media bertujuan untuk mencapai sinergi dan mengukuhka­n kedudukann­ya dalam pasaran.

 ??  ?? LANGKAH strategik yang diambil Media Prima berjaya merealisas­ikan perancanga­n untuk mengakhiri tahun 2020 dengan pencapaian positif.
LANGKAH strategik yang diambil Media Prima berjaya merealisas­ikan perancanga­n untuk mengakhiri tahun 2020 dengan pencapaian positif.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia