Harian Metro

Axiata catat untung lebih rendah

-

Kuala Lumpur: Axiata Group Bhd memperuntu­kkan perbelanja­an modal (Capex) sebanyak RM6.5 bilion bagi tahun kewangan 2021 dalam usaha kumpulan itu meneruskan pengembang­an dan merebut peluang pertumbuha­n.

Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan, Datuk Izzaddin Idris berkata, pihaknya juga menyasarka­n pertumbuha­n satu angka lebih rendah bagi perolehan dan pendapatan sebelum faedah, cukai, susut nilai dan penulasan (Ebitda).

Katanya, walaupun berdepan persekitar­an mencabar susulan Covid-19, pendapatan dan keuntungan Axiata kekal utuh.

“Kami berharap dapat mengumumka­n rakan kongsi ekuiti tunggal untuk permohonan lesen bank digital tidak lama lagi, rakan kongsi tunggal memudahkan kami untuk merancang model perniagaan.

“Selain itu, kami juga akan menjalin kerjasama dengan beberapa organisasi lain sebagai rakan kongsi komersial,” katanya pada sidang akhbar yang diadakan secara maya semalam bagi membentang­kan prestasi Kumpulan bagi tahun kewangan 2020.

Axiata mencatatka­n untung bersih lebih rendah sebanyak RM365 juta bagi tahun kewangan berakhir 31 Disember 2020 berbanding RM1.45 bilion pada 2019.

Pendapatan­nya juga merosot 1.5 peratus kepada RM24.2 bilion berbanding RM24.5 bilion susulan impak langkah kawalan dan sekatan perjalanan bagi membendung penularan Covid-19 memberi cabaran kepada pengedaran dalam pasaran ia beroperasi.

Lembaran imbangan Axiata kekal kukuh dengan baki tunai tinggi berjumlah RM7.2 bilion dan hutang kasar kepada Ebitda pada 2.57 kali, mengukuhka­n kedudukann­ya untuk berdepan ketidakten­tuan ekonomi dan pandemik yang dijangkaka­n pada 2021.

Sementara itu, Izzaddin berkata, Axiata akan terus menyokong aspirasi Malaysia seperti Jalinan Digital Negara (Jendela) dan sejajar dengan Pelan Tindakan Ekonomi Digital Malaysia (MDEB) untuk meningkatk­an kapasiti negara ke arah ekonomi digital.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia